Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam meluangkan masa menyantuni remaja perempuan Sindrom Down, Bella, 13, dalam satu majlis tertutup di sini pada Jumaat.
Pertemuan tersebut dikongsikan dalam Facebook dan Instragram Che’ Puan Besar yang memuat naik beberapa keping gambar ketika meluangkan masa melawat Bella dan rakan-rakannya.
Menerusi hantaran tersebut, Che’ Puan Besar Khaleeda memaklumkan Bella yang sebelum ini menjadi mangsa dera telah dipindahkan ke Johor Bahru.
“Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor,” kata Che’ Puan Khaleeda.
Ads
Che’ Puan Khaleeda merupakan antara individu lantang memperjuangkan kes penderaan kanak-kanak yang menimpa kanak-kanak istimewa seperti Bella selepas dianiaya dan diabaikan ketika berada dalam jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.
Pada 3 Mei lalu, Che’ Puan Khaleeda merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Ismail, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja terbabit
Terdahulu, Hakim Mahkamah Sedyen Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya.
Bagaimanapun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak bermula 3 Mei lalu.
Ads
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Remaja sindrom down itu sebelum ini mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya.
Sumber: Instagram @ymchepuankhaleeda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Esok Ramadhan sudah bermula. Tentu ibu ayah teruja juga untuk meraikan bersama anak-anak. Untuk menjadikan bulan ini menarik, berikut adalah beberapa idea untuk membantu menjadikan ia Ramadhan yang istimewa pada tahun ini.
1. Adakan mesyuarat keluarga tentang Ramadan
Seminggu sebelum Ramadan, digalakkan untuk mengadakan mesyuarat keluarga untuk menjelaskan tentang Ramadan. Jelaskan kepada si cilik apabila kita melihat anak bulan ia menandakan permulaan bulan Ramadhan seperti mana yang umat Islam lakukan dan bagaimana jadual keluarga akan turut berubah. Dapatkan persetujuan bersama dan cadangan daripada semua ahli keluarga akan apa yang akan dilakukan sepanjang bulan ini. Buat perancangan untuk satu bulan berkat ini. Sebagai contoh, waktu pilihan untuk bersahur, makanan pilihan untuk bersahur, tempat untuk berbuka puasa atau pilihan surau/masjid untuk bertarawih dan lain-lain.
2. Raikan kedatangan bulan Ramadhan dengan hiasan rumah yang menarik Raikan kemeriahan “Ramadan Mubarak” dengan hiasan-hiasan yang menarik dan meriah seperti belon, sepanduk dan jadual semak amalan yang besar. Libatkan anak-anak untuk membantu menghiasi rumah supaya mereka merasai kegembiraan dan tertunggu-tunggu dengan kehadiran Ramadhan.
3. Beritahu cerita Ramadan sebelum tidur setiap malam Jangan hanya bergantung kepada buku-buku kanak-kanak berkaitan Ramadan untuk bercerita tentang bulan istimewa ini dengan si pintar cilik. Kongsikan kepada anak-anak kita bagaimana pengalaman kita berpuasa semasa kita masih kecil. Ibubapa juga boleh mereka beberapa cerita berserta perancangan dengan anak anda sebagai watak utama dalam pengembaraan di bulan Ramadan nanti!
4. Membuat dan menghantar kad Ramadan buatan sendiri Oh, tentu menarik jika sebelum bulan Ramadhan bermula, kita duduk bersama anak-anak untuk membuat kad Ramadhan Mubarak. Sediakan kad itu untuk adik-beradik, datuk nenek, ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan kawan-kawan. Hantar kad tersebut walaupun masa yang suntuk. Ia pasti sesuatu yang mengujakan !
5. Membuat “goody bag” Ramadan untuk rakan-rakan mereka Sekiranya anak anda masih di tadika atau sekolah rendah, dapatkan kebenaran guru mereka untuk membuat ‘goody bag’ Ramadan Mubarak. Isi dengan gula-gula, kurma, kismis, mainan kecil dan kad kecil menjelaskan dalam dua atau tiga ayat yang pendek tentang Ramadan. Dan biarkan anak-anak untuk mengedarkan kepada rakan-rakan mereka di tadika/sekolah mereka supaya mereka sama-sama merasai kehangatan Ramadhan.
6. Membuat perkongsian mengenai Ramadan dalam kelas mereka Beri juga galakan kepada anak-anak untuk selalu berkongsi cerita dengan rakan-rakan mereka tentang perkara-perkara menarik tentang Ramadhan. Ia sekali gus akan menyebarkan kemanisan sambutan Ramadhan sesama anak-anak cilik.
7. Membuat kraf sempena Ramadhan di rumah Kraf adalah cara yang bagus untuk menerangkan dengan lebih mudah tentang Ramadan. Ajak anak-anak membuat bentuk bulan yang berbeza-beza. Tunjukkan bagaimana bentuk permulaan bulan, yang mana satu tengah dan mana yang akhir. Boleh juga buat kolaj atau dekorasi beberapa makanan kegemaran mereka untuk berbuka puasa. Oh lebih menarik lagi jika ibubapa boleh menyediakan buku aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Ia akan memudahkan pemantauan perkembangan anak-anak sepanjang bulan mulia ini.
8. Rancang satu perjalanan keluarga untuk melihat anak bulan Mahu pengalaman yang lebih istimewa? Apabila kanak-kanak memakai baju tidur mereka, bawa mereka ke dalam kereta dan ajak mereka untuk menyaksikan anak bulan Ramadan. Lakukan perkara yang sama pada akhir bulan ini. Lebih menarik jika membawa teleskop atau binokular.
9. Jemput rakan-rakan anak-anak untuk Iftar bersama-sama Biarkan anak-anak anda menyenaraikan senarai tetamu dan menu pilihan mereka. Juga, minta mereka menyediakan beberapa makanan istimewa. Kita boleh memilih beberapa resipi mesra kanak-kanak atau mereka boleh membantu dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang tidak memerlukan mereka untuk menggunakan dapur atau memotong dengan pisau. Tentu ia satu aktiviti kekeluargaan yang menghiburkan!
10. Jemput datuk nenek atau ahli komuniti lebih tua untuk Iftar bersama Setelah semua orang selesai berbuka puasa, menarik jika ada sesi bercerita di mana tetamu boleh berkongsi pengalaman bagaimana mereka melalui Ramadan semasa di zaman kanak-kanak. Ceritalah pengalaman berbeza-beza pada zaman dahulu, di negara lain juga bagaimana pula mereka menyambut Ramadhan, apakah jenis makanan yang mereka makan untuk berbuka? Bagaimana mereka berbuka puasa? Apa aktiviti menarik sepanjang Ramadhan dan lain-lain lagi. Kanak-kanak memang suka mendengar cerita dan bertanya soalandi luar kotak.
11. Membuat buku skrap untuk Ramadan ini Mengambil banyak gambar ketika semua orang sedang bersahur tentu sangat menghiburkan. Tidak ketinggalan gambar-gambar kemeriahan ketika berbuka puasa, ketika letih berpuasa, bertadarus, bertarawih dan macam-macam lagi. Jadikan satu buku skrap untuk Ramadhan kali ini. Letakkan pelekat dan hiasan yang menarik sebagai satu kenangan seumur hidup untuk anak-anak kita.
12. Ingat golongan miskin Rancang bersama anak-anak untuk menjadi sukarelawan di dapur beberapa jam pada hari Sabtu atau Ahad. Sediakan makanan untuk berbuka puasa khusus untuk golongan kurang berkemampuan. Bawalah si comel untuk menghantar makanan dan menyantuni golongan miskin. Berikan banyak dorongan untuk anak-anak suka bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan di bulan Ramadhan.
13. Beri dorongan meskipun mereka berpuasa separuh hari
Kanak-kanak teruja untuk berpuasa apabila mereka melihat ibubapa dan adik-beradik yang lebih tua melakukannya. Tahun ini, beri galakan untuk mereka berpuasa selama beberapa jam semampu yang mereka boleh. Jangan lupa sediakan juga “Iftar” khas untuk mereka dengan beberapa makanan kegemaran mereka sebagai satu penghargaan dan sokongan.
14. Pasangkan lagu-lagu Ramadhan Apabila kanak-kanak bermain atau terlibat dalam beberapa aktiviti riadah santai, mainkan beberapa lagu Ramadan yang indah yang boleh menyemarakkan lagi semangat Ramadhan dalam diri anak-anak. Mungkin kita boleh meminta anak-anak untuk menghafal satu dua lagu Ramadhan untuk penghayatan bersama-sama.
15. Membawa mereka untuk iftar dan solat Tarawih
Tiada ada cara paling mudah untuk mengajar semangat komuniti kepada si cilik selain solat berjemaah di surau atau masjid. Biasakan anak-anak kita untuk berbuka puasa di surau atau masjid, juga bawa mereka untuk solat fardhu berjemaah dan solat Tarawih supaya mereka merasakan mereka adalah sebahagian daripada entiti masyarakat. Selain itu, bekalkan sedikit duit untuk merek biasakan diri bersedekah ketika berada di masjid mahupun surau.
Anak-anak yang belum baligh tidak diperintahkan untuk berpuasa. Namun demikian ibubapa sangat digalakkan untuk mendorong anak-anak untuk mula berpuasa sedari kecil agar mereka terbiasa melakukannya apabila menginjak dewasa. Dan supaya mereka mengetahui bahwa ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu kewajiban yang diperintahkan Allah SWT. Ibadah puasa sebenarnya memberi pengaruh positif terhadap emosi anak-anak. Terutamanya mengajar mereka untuk bersabar dan prihatin dengan kesusahan orang lain.
Demikian beberapa tips untuk menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan bulan Ramadhan yang penuh dengan segala macam keberkatan. Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Dan, jika anda mempunyai tips lain yang menarik, silalah kongsikan lain-lain tips yang menarik untuk manafaat bersama. Ramadhan Mubarak!
Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.
Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.
Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.
Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.
“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.
Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.
Sumber: TikTok @RyzalIbrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wahai suami, jangan marah isteri bila buat silap. Hakikatnya, jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai hal ini moga rumahtangga makin intim.
Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.
Pernah juga sekali tercakap CUAI !
Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.
Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.
Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !
Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,
“Abg hari ni nak makan apa?”, Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.
“Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?”, Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.
Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.
Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.
Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !
Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.
Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.
Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.
Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang.
Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.
Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.
Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.
Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.
Sumber: Mohd Fhais
Daripada ringan mulut baik ringan tulang tolong isteri tu.
Share & Follow jika bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.