Pelakon Intan Najuwa yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 15 Disember lalu kini semakin sihat dan pulih dari proses melahirkan cahaya matanya.
Malah Intan juga dilihat turut berkongsi momen berpantangnya di media social termasuk beberapa keping gambarnya bersama buah hati tersayang, Imane Lunara di Instagramnya.
Apa yang membuatkan wargamaya kagum pastinya dengan kecantikan asli Intan biarpun ketika dalam pantang dan proses pemulihan tubuhnya.
Ads
Malah Intan kini dilihat semakin sihat malah melemparkan senyuman manis bersama puteri kesayangannya bersama suami.
“In my girl mum era,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Ads
Melalui entri itu, Intan dilihat menggendong si comel Imane Lunara tanpa menunjukkan wajah comel si kecil itu.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan Intan malah tidak sabar melihat wajah Intan junior yang dikongsikan Intan nanti.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan cahaya mata perempuannya pada 15 Disember lalu. Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam sebuah majlis yang diadakan di One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khai dan Rosma AF pentingkan kualiti masa bersama keluarga, “Dah besar-besar tiga anaknya..” Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program Akademi Fantasi (AF) musim pertama. Rosma, 35, dan Khai mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 15, Nur Amani Damia, 10, dan Nur Alya Dhania, 6 tahun.
Dalam era moden yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, ibu bapa sering kali terperangkap dalam rutin harian yang padat, menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama anak-anak.
Namun, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah kunci untuk membina hubungan yang kukuh, mendidik mereka dengan nilai-nilai yang baik, dan memastikan mereka membesar dalam suasana yang positif.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Khai dan Rosma di laman Instagram, pasangan ini berkongsi momen bersama anak-anak mereka.
Melalui masa yang diluangkan bersama, ibu bapa dapat membina hubungan emosional yang kukuh dengan anak-anak. Perasaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akan membuatkan anak-anak merasa dihargai dan disayangi.
Hubungan yang erat ini membantu anak-anak untuk membina keyakinan diri serta memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah tanpa rasa takut atau tertekan.
2. Pendidikan dan Perkembangan
Meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik, mengajar nilai-nilai moral, serta membina kemahiran sosial yang penting.
Melalui aktiviti bersama seperti bermain, membaca, atau berbual, ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak mereka, mengenal pasti minat dan bakat, serta membantu dalam mengasah potensi mereka.
3. Mencegah Masalah Tingkah Laku
Anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa cenderung untuk mencari perhatian dari sumber lain, yang kadangkala boleh membawa kepada tingkah laku negatif.
Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dapat membantu mengelakkan masalah tingkah laku ini. Ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak mereka akan lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku anak-anak dan dapat mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.
4. Mengukuhkan Nilai Kekeluargaan
Masa yang dihabiskan bersama keluarga adalah peluang untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan. Melalui aktiviti bersama seperti makan malam, percutian, atau acara keluarga, anak-anak belajar tentang kepentingan kekeluargaan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga yang lain.
Nilai-nilai ini akan membentuk mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, hormat kepada orang lain, dan menghargai ikatan kekeluargaan.
5. Mengatasi Tekanan Hidup
Dalam dunia yang semakin mencabar, meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Masa berkualiti bersama keluarga boleh menjadi terapi yang menenangkan, di mana ibu bapa dan anak-anak dapat melupakan seketika tekanan dari pekerjaan, sekolah, atau masalah lain.
Aktiviti yang dilakukan bersama-sama, seperti bersukan, memasak, atau sekadar berbual, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Kesimpulannya meluangkan masa bersama anak-anak bukanlah satu tugas yang boleh diabaikan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Dalam dunia yang serba pantas ini, penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah anugerah yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat dan bahagia, tetapi juga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memastikan kesejahteraan bersama dalam jangka masa panjang.
Jangan buat main dengan media sosial ni. Siapa sangka, apabila seorang ibu anak tiga ditemui mati setelah menerima komen negatif di akaun TikToknya.
Difahamkan wanita berusia 44 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri selepas dikatakan menerima pelbagai komen negatif di akaun miliknya.
Menurut laporan Malaysiakini, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya di Subang Jaya, Selangor pada pagi Ahad.
Menerusi satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya semalam, mangsa sebelum itu dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Difahamkan hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa si mati pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.
Menerusi pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal si mati didapati tiada kesan berlakunya unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).
Pihak polis berkata setakat ini tiada laporan dibuat oleh si mati berhubung dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.
Terdahulu memetik laporan Sinar Daily, ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah dipercayai “dibuli secara siber” berkaitan penampilan dan koleksi beg tangannya di akaun TikTok miliknya.
Untuk makluman, Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut . Menerusi akaunnya sering berkongsi mengenai persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.
Siapa sangka, umur baru mencecah 15 tahun, dia sudah berani memikul tanggung jawab yang cukup besar apabila menikahkan kakaknya sendiri.
Kisah seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun telah menikahkan kakaknya di Dungun, Terengganu yang dikongsikan di media sosial nyata menugundang minat orang ramai.
Ismaildaniel Ibrahim, 15 yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, sambil dipantau jurunikah.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.
“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.
“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.
Menerusi sumber, Ismail pada mulanya mengakui gementar dan bimbang akad yang akan disebutnya tidak menjadi, namun dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Rata-rata warganet memuji tindakan adik ini kerana berani menjalankan tanggung jawab sebagai wali walaupun masih diusia muda.
Mereka turut mendoakan agar Ismail itu terus berbakti kepada keluarga dan menjadi contoh kepada remaja lain diluar sana.