Sepanjang PKP ni, tentu mak-mak sentiasa mencari idea untuk memasak untuk seisi keluarga. Maklumlah anak-anak pun, duduk di rumah. Tentu kerap anak ke dapur mencari makanan.
Kali ini Majalah Keluarga ingin berkongsi resipi mudah dan sedap untuk minum petang. Apam susu gebu gebas. Memang sedap! Makan panas-panas pasti licin. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Semua bahan-bahan ada di ruang rak dapur anda. Jom!
Ikuti perkongsian ini.
Bahan-bahannya:
Bahan A: 4 biji telur (bilik suhu),1 sudu besar ovalet (suhu bilik),3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik), 1 sudu kecil Asen Vanilla,1 cwn gula * semua bahan kat atas putar hingga kembang dan putih (ringan) jika tiada pengadun, gunakan blender pun boleh.
Ads
Bahan B: 2 cwn Tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Apabila adunan A sudah siap diputar, tambahkan dua cawan cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.
2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.
Ads
3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dulu supaya adunan senang dikeluarkan.
4. Kukus selama 30 minit. Guna api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.
Tip:
Ads
Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan pengudus tudung dibalut dengan kain dahulu kerana jika udara menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik. – Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.
Blend ke semua bahan di atas, kemudian masukkan ke dalam bekas.
Bahan² ayak :
1¼ Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Sudu Kecil Baking Powder
Cara² :
Satukan ke semua bahan & ayakkan bersama. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah di isi bahan² coklat tadi. Adun sebati & boleh dikukus, sesambil tu boleh la cucuk² dengan garfu nak tau masak ke tak kan.
Begitu la, selagi ade tepung kat rumah macam² menu berasaskan tepung mahu dicuba. Seriously, moist je rasa kek ni lagi² tengah panas
Kredit resipi Nor Juliana Isa.
Kredit foto: Nor Ain Nordin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu hari ini pilih yang simple je ibu-ibu, mudah tapi membuka selera seisi keluarga. Kalau waktu bulan puasa memang resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan.
Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan. Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terlir. Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat. cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar. 5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di