German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kalau sudah kreatif dan teliti orangnya, buatlah apa sahaja pun nampak kemas dan menarik di pandangan mata. Ini samalah dengan idea yang dihasilkan oleh Ben Safwan yang sangat mahir melakukan kerja-kerja pertukangan dan dilihat sering berkongsi idea dan projek diy bersama warganet.
Terbaharu, dia telah menyiapkan Rak Outdoor sebagai tempat jemuran periuk/kuali yang dibina menggunakan besi c channelatau besi biru. Apa yang lebih mengujakan, hasilnya memang nampak mahal dan eksklusif.
Bahkan tidak dinafikan, ada dikalangan warganet turut teringin memiliki rak yang lengkap dengan sinki sebagai alternatif untuk ditempatkan di ruang luar rumah bagi memudahkan untuk tujuan mencuci periuk atau kuali bersaiz besar.
Bila dilihat boleh dihasilkan dengan menggunakan besi c channel yang mana harganya jauh lebih murah berbanding binaan daripada batu bata dan simen, jadi bolehlah dikatakan ini adalah pilihan terbaik untuk direalisasikan.
DIY Premium Rak Outdoor Tempat Jemuran Periuk / Kuali
Kali ini saya guna material besi c channel untuk projek outdoor. Banyak projek outdoor di masa depan seperti Awning bahagian tepi, nak sambung bahagian dapur jadikan laundry dan tempat masak, rak singki ,kabinet di garaj dan sebagainya.
Maka saya mulakan dengan rak 6 kaki panjang 2 kaki lebar 3 kaki tinggi sebagai permulaan.
KOS MATERIAL – Setakat ni guna 3 batang . Dan saya anggarkan 4- 5 batang. So dalam 175 inggit dan tambah itu ini dalam 200 inggit tak termasuk kalau nak cat ( saya suka cat dan ada compressor 100 liter )
Puas hati dapat rak super kukuh.
Alatan kalau nak baru bermula – gunting yang sesuai seperti brand Stanley/Irwin/Sata ,tape,sesiku L,drill,skru atau rivet gun manual.
Jangan tengok atau banding tool saya, saya tool lengkap sebab sudah banyak projek DIY premium dan dah bertahun kumpul tools.
Rak ini khas untuk dapur outdoor saya dan fungsi untuk keringkan periuk/bekas selepas basuh. So takde pintu apa. Seperti mana projek saya,memang saya suka clean look. Maka saya curi ruang-ruang tertentu dan gunakan rivet. Hasilnya, tak nampak comot dengan skru sana sini.
Tapak dikukuhkan dengan double besi. Baru sedap menahan beban.
Fasa seterusnya ialah pasang tiang tengah, siapkan para. Finishing dengan apply simen pada bahagian tertentu, gosok dan spray anti karat sebelum naik warna.
Sangat puas hati rak singki outdoor saya ni. Hari ni spray etching primer sebagai lapisan pelekat antara coating besi biru dengan cat. Dah siap,spray anti karat primer/iron oxide dan baru finishing black gloss.
Kos ini subjektif. Sebab saya DIY bukan untuk dapat harga murah, asal siap maka ianya subjektif.
Contoh singki saya beli 200 ringgit single bowl jenis camtu.
Faucet/paip 70 inggit jenis camtu.
Tapi kalau kos material, Besi biru hampir 3 batang, besi batten hampir 3 batang.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang dulu-dulu suka berpesan kalau kedekut sekali pun, bab makan jangan berkira.
Umumnya setiap makanan yang berkhasiat dan enak seperti yang kita tahu kebanyakkan harganya sedikit mahal. Namun demi keluarga tercinta, apalah salahnya sekali sekala diraikan selera dengan menjamu hidangan yang istimewa.
Pun begitu, jangan pula hingga membazir dan makanlah mengikut keperluan. Apabila tekak anak-anak teringin hendak merasa sesuatu dan kita tahu kita mampu untuk membelinya, mengapa tidak dibeli?
Ikuti juga perkongsian daripada Farizal Radzali berkenaan jangan berkira bab makan ini dan semoga ianya bermanfaat.
Bab makan, jangan berkira. Kalau nak kedekut bab lain takpe, tapi jangan sesekali kedekut bab makan.
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, dok rumah setinggan, hidup susah. Tapi bila ada tetamu jauh datang rumah, mak akan suruh saya atau adik, perlahan-lahan pergi ke kedai Uncle Maniam kat belakang rumah. Mak suruh ambil biskut sikit, cakap kat kat uncle Maniam, nanti mak bayar kemudian. Uncle Maniam tu pun dah kenal sangat dengan kami. “Ada orang datang rumah ye?” Sebab mak takkan nak ambil biskut mengejut macam tu. Mak mesti bayar baru ambil.
Tapi zaman tu, semua orang berbaik tak kira kaum. Uncle tu akan bagi, kadang-kadang dia kata tak payah bayar pun. Baik uncle tu.
Kalau kita selalu bancuh air tawar, bila ada tetamu datang, lebihkanlah gula. Jangan bagi air tawar pada tetamu. Letakkan air kosong sebekas supaya tetamu yang taknak manis boleh tambah air kosong ikut selera dia.
Nak bersedeqah pun, dulukan bab makan. Sedeqahlah makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Makanan menjadi darah daging. Moga ia menjadi jariah.
Kalau teringin nak makan sesuatu, usahakanlah.
Kadang-kadang bila anak-anak minta makanan, kita akan berkira-kira takut duit tak cukup. Yang tak mampu, itu lain. Ini saya merujuk kepada yang mampu tapi rasa perkara itu tak penting. Kita rasa ada perkara lain yang lebih penting. Atau kita rasa makan je la apa yang ada asalkan kenyang.
Cubalah untuk tidak menjawab ‘nanti lain kali’ kat anak-anak hanya untuk mendiamkan mereka dari terus meminta. Sebab mereka akan menanti dan terus menanti, hingga akhirnya mereka kecewa.
Jangan hampakan sesiapa bab makanan. JANGAN.
Jika tak mampu, jelaskan sebaiknya. Jangan bagi harapan.
Jika mampu, jangan kedekut. Tunaikanlah. Selagi kita kedekut bab makanan, selagi itulah kita akan rasa duit tak pernah cukup.
Ada seorang klien kami, dia kaya banyak duit tapi kedekut. Ada seorang isteri dan seorang anak. Orang nampak dia kaya, tapi waktu rehat makan mee segera. Anaknya dalam seminggu tu mesti 2-3 kali akan makan nasi dengan telur je. Tapi duit kat bank, 5 angka. Kereta mewah, rumah bagai istana. Tapi bab makan, kedekut. Sampaikan si anak menangis nak makan KFC pun tak dapat. Sebab padanya itu tak penting. Akhirnya dia mati kerana sakit jantung akibat kuat bekerja. Duit banyak tapi bab makanan dia kedekut. Sampai anak dan isteri ‘makan hati’.
Bab lain boleh kedekut, tapi tidak bab makan. Selagi mampu.
Sumber : Farizal Radzali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di