Entri terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman di laman sosial Instagram beliau hari ini berhubungan dengan larangan mengigit kuku dan sapu waktu maghrib.
Beliau menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai mengenai dua hal itu.
Menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman menjelaskan tentang hal itu.
“Sebenarnya, tiada larangan daripada Al Quran dan Sunnah pun tentang dua perbuatan ini.
“Cuma mungkin ia pantang larang orang lama yang bertujuan untuk menjaga dan memudahkan kita.
Ads
GIGIT KUKU
“Gigit kuku itu mungkin bahaya kerana kuman/bakteria banyak berkumpul di kuku.
SAPU WAKTU MAGHRIB
Ads
“Sapu waktu maghrib/malam tidak sesuai kerana zaman dahulu tiada lampu terang macam sekarang maka menyukarkan untuk menyempurnakan proses penyapuan. Barangkali ada sampah yang kita tak nampak.
“Jadi, zaman sekarang lampu terang benderang, kalau ada housemate korang yang suka sapu pada waktu malam tu, dia adalah kawan yang baik. Yang bahaya, housemate yang suka sapu duit member.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan yang diberikan olehnya itu. Dan bersetuju malah menyukai penjelasan yang disertai dengan lawak jenaka.
Sememangnya PU Azman terkenal dengan penjelasan yang mudah difahami dan dinyatakan secara santai.
Kredit: Instagram pu_azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini.
Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19.
Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif.
Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir.
Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.
Tiada batuk.
Tiada demam.
Tiada sakit tekak.
Tiada kontak rapat.
Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.
Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19.
Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa.
Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.
Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.
Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri.
“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas.
“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut.
Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama.
Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.
“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma.
“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.
Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.
“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas.
Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).
Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!
Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan!
Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.
Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan.
Terus mengalir air mata aku ni.
Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA.
Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada.
Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira.
Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.
Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.
Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner.
Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19.
Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Bukan hadiah mahal yang diingini seorang ibu setiap kali tibanya hari lahir, ingatan dan kasih sayang daripada seorang anak Itu yang membuatkan si ibu rasa dihargai.
Demikian juga dengan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.
Keikhlasan serta kasih sayang dalam memelihara dan mendidik anak angkat istimewanya, Citra cukup terserlah. Bahkan, keakraban antara mereka sering dipuji.
Selain Citra, dia turut mempunyai 3 orang anak angkat lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan. Dua daripadanya sudahpun mendirikan rumahtangga dan pengarah drama Mok Cun ini bakal menimang cucu tidak lama lagi.
Dalam perkongsian video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, Erma yang baru menyambut ulang tahun kelahiran menerima hadiah daripada anak istimewanya itu.
“ANAK SYURGAKU…Dia sangat special. Tak kerja..takde gaji..dia dpt upah dr abg2 dia jual perfume utk abg dia.
“Hadiah duit yg dia bg aku tu hasil upah dia. 🥺🥺🥺Semuanya dia bg utk hadiah harijadi aku. Tiada kata2 yg indah buatmu Citra.
“Anugerah terbesar dr Allah buat aku.Terima kasih Allah. Kau pinjamkan dia kepada aku menjadi penyejuk hatiku.
Rupa-rupanya citra menghadiahkan ibunya satu tas tangan. Apa yang lebih istimewanya, beg tersebut dihasilkan sendiri oleh Citra. Selain itu, dia turut memberikan ibunya hadiah berupa wang yang diperolehi hasil usahanya menjual perfume abang-abangnya.
Lebih menyentuh hati adalah Citra turut mencoretkan satu bingkisan kata yang cukup bermakna.
Menerusi bingkisan ucapan tersebut, Citra meluahkan pujian buat ibu angkatnya ini atas pengorbanan dan jasa membesarkannya sehingga kini.
Kata-kata yang diungkapkan Citra cukup puitis dan cukup menyentuh hati warganet yang menonton video berdurasi 3 minit itu.
Luluh hati apabila melihat keperitan hidup anak-anak dan rakyat negara yang bergolak. Perasaan itulah yang kini dilalui oleh penyanyi terkenal dan ratu rock Tanah Air Ella Aminuddin telah berangkat ke Syria dan Palestin untuk tujuan misi kemanusiaan.
Beliau ke sana ditemani oleh suaminya beserta para sukarelawan dari Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.