Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.
Tiada Selera Makan
Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.
Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.
“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.
“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah dalam kiriman mesej menerusi Instagram kepada Astro AWANI.
Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.
Rahsiakan Derita
Sementara itu, pengurus peribadi Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.
Ads
Sepanjang tempoh itu juga, Allahyarham, kata Fuad, lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.
“Beliau tidak mahu kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, Allahyarham tidak mahu susahkan sesiapa.
“Saya sendiri hanya mengetahui mengenai sakitnya selepas setahun beliau disahkan oleh doktor berhadapan masalah itu,” kata Fuad dalam nada sebak kepada Astro AWANI ketika dihubungi. -Awani
Bukan calang-calang wanita bergelar isteri yang sanggup berkorban, melepaskan suami yang disayangi demi berkhidmat untuk negara. Itulah pengorbanan seorang isteri anggota beruniform terpaksa berjauhan dengan suami tersayang yang terpaksa bertugas di kejauhan.
Sedar tidak sedar, sudah empat bulan pengacara tersebut melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri.
Namun, suaminya, Muhammad Hanif Hamidi hanya mampu melihat anak mereka membesar menerusi panggilan video sahaja. Kapten Hanif kini bertugas di Australia sejak Januari yang lalu.
Dalam perkongsian terbaru Dayah di Instagramnya, dia memuat naik momen anaknya tersayang berkomunikasi dengan bapanya menerusi panggilan video.
Counting days to 4 months , Fahri dah boleh roll over dengan jayanya , over and over again ! Masha Allah, yayy ! Another milestone for Baby Achbar Muhammad Fahri . Sebenarnya dari haritu Fahri dah cuba nak pusing , tapi harini dia mcm buat show la , n we get to record it . ❤️
Dalam perkongsian tersebut kelihatan bayi lelakinya sudah mulai mencuba untuk berguling. Kelihatan suaminya, memberi sokongan menerusi panggilan video agar dapat melihat sendiri situasi anak mereka yang semakin membesar dan aktif.
Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buat Dayah dan suami supaya terus kuat dan tabah menjalani hubungan secara jarak jauh.
Be Stong…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup berumah tangga ini memang banyak bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan anak dara. Semua tindak tanduk kita bukan sahaja terkesan pada pasangan malah akan mencuri perhatian mentua, ipar duai dan seluruh ahli keluarga hatta walau bangun lambat sekali pun!
Mungkin jika dulu ibu sendiri hanya sekadar membebel namun tidaklah samapi berkira bila anak gadisnya bangun lewat, tapi lain pula pandangan dalam keluarga mentua. Bangun lewat itu boleh membuatkan ipar duai dan mentua berbisik sesama sendiri.
Hal ini menyebabkan ada yang melontarkan pertanyaan ini di media sosial, adakah salah jika bangun lewat jam 11 pagi di rumah mentua?
Bagi menjawab persoalan itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan tentang apa sebaiknya menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang sinis di mata mentua dan ipar duai.
BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?
Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.