
Sekiranya bercadang hendak cuba menanam di hujung minggu ni, apa kata mulakan dengan menanam pokok herba iaitu pokok daun sup.
Daun sup ini bila hidup subur memang cantik bentuknya. Sesuai sangat ditempat di ruang dapur untuk dijadikan pokok hiasan. Apa yang penting pastikan kedudukan pasu tersebut ada cahaya matahari.
Menariknya bila menanam daun sup ini, sekiranya hendak digunakan ketika memasak, gunting sahaja sebatang dua. Cukup mudah dan menjimatkan!
Oleh itu, ayuh ketahui dulu tip menanam daun sup ini yang dikongsikan oleh Yanie Raihan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Salam, saje nak share tips sikit sebab saya dapati tips ni (juga dicedok dari group ni) agak berkesan.
Umur anak pokok daun sup ni dalam 2-3 bulan (lupa dah bila tanam).
Alhamdulillah kal ini nampak berjaya (setelah 3 kali percubaan). Sebelum ditanam haritu daun semua dah digondolkan.
Ni nampak meriah sikit dah daun baru banyak tumbuh so saya rasa tips tu memang berkesan.
Tipsnya:
1. Sebelum ditanam, daun semua dah digondolkan.
2. Tanam akar sahaja, jangan dibenam sampai ke batang.
3. Spray tanah sekeliling, cukup sekadar bagi tanah di sekelilingnya lembap. Takyah siram.
Rasa Lebih Sedap Dan Dijamin Bersih, Tu Kelebihan Buat Sendiri Tauhu Telur Ni!

Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Sama ada dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur campur pun memang sedap.
Tauhu telur ini sebenarnya sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat ringkas untuk disediakan sendiri di rumah. Malah apa yang lebih istimewa rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Ini sebagaimana puan Zaimah Zakaria ada berkongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya dengan detail, bolehlah dijadikan panduan.
Cara Buat Tauhu Telur Homemade
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.
- Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.
3.Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.
4.Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.
5.Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.
6.Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.
7.Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.
8.Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.
9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.
10.Goreng dalam minyak sehingga keperangan.
11.Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.
ARTIKEL BERKAITAN :
- Lembut Di Dalam & Crunchy Di Luar. Menu Tauhu Berlauk Crunchy Ni Memang Special, Rugi Tak Rasa!
- Tauhu Begedil Inti Overload, Tak Cukup Setakat Dua Tiga Ketul Masuk Mulut. Sedap ‘Ya Amat’!
- Tauhu Pegedil Ayam Pilihan Enak Pancing Selera Berbuka. Ibu Boleh Cuba!
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Bakar Kek Pisang Guna Kuali Jer. Wow, Menarik!

Terdapat banyak resipi kek pisang yang dikongsi di laman sosial namun yang menjadi kesukaran ialah bagi mereka yang tidak memiliki ketuhar atau ketukar telah rosak.
Nah, jangan risau, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazliza Dza membakar kek pisang dengan hanya menggunakan kuali.
Wah, nampak menarik kan, boleh cuba ni!
Sebab ramai yang tanya saya macam mana bakar pakai kuali.. So saya serta kan cara dan gambar skali..
1. Panaskan kuali pasti kan kuali di tutup ye..
(sama macam 0ven gak) time ni api besar pun takpe
2. Agak2 kuali dah panas s0 kecik kan api..
3. Letak tmpat letak periuk 2.. 0rang paggil tungku.. Saya letak terbalik sebab tungku 2 besar dari kuali ??
4. Letak kan acuan dan tutup dengan penutup pengukus..
5. Bakar bergantung pada acuan.. Macam saya tadi 50 minit..
6. Jangan risau tau kuali takkan terbakar ??.. Setakat saya bakar guna cara ni..
Nota penting: jangan sesekali bukak penutup periuk sebelum 30-40 minit bakar yer.. Takut kek jadi mendap..
*bakar tanpa air
*Kalau ada air jd kukus
:: jangan kecam kuali sis ye.. Hihihi
Kek Pisang Bakar guna kuali
Bahan-bahan untuk dikisar:
- 1 cawan pisang yang telah dilecek (apa-apa jenis pisang pun boleh).
- 3/4 cawan gula (kemanisan ikut selera masing-masing).
- 3 biji telur.
- 1 cawan minyak masak.
- 1 sudu besar limau nipis (boleh menggunakan lemon, limau kasturi atau yang setara dengannya)
- Secubit garam
Bahan-bahan yang perlu diayak:
- 1 1/2 cawan tepung
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar kecuali pisang selama 2-3 minit. Apabila semua bahan sudah sebati, campurkan pisang yang telah dilecek dan kisar sekejap.
2. Satukan bahan-bahan yang perlu diayak dalam bekas. Kemudian campurkan bahan yang telah dikisar tadi dan adun hingga sebati.
3. Sapukan marjerin atau mentega pada acuan atau loyang untuk memastikan kek tidak melekat pada bekas tersebut. Selain itu, boleh gunakan kertas minyak (baking paper) untuk dialaskan dalam acuan.
4. Tuangkan adunan dan hias dengan menggunakan pisang yang telah dipotong nipis supaya tidak tenggelam ketika kek dibakar.
5. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Periksa keadaan kek selepas 40 minit membakar supaya kek tidak mendap atau bantat.
Cara Senang Bagi Anak Makan Nasi? Sushi Salmon Teriyaki Bakar Ni Mudah, Pantas Dan Sedap!

Anak-anak sememangnya banyak ragamnya, lebih-lebih lagi dalam bab makanan. Nasi antara makanan yang sukar digemari oleh majoriti golongan kanak-kanak yang sedang giat membesar.
Namun ianya penting untuk tumbesaran mereka. Jangan bimbang, kali ini resipi yang dikongsikan oleh @didapuryana ini memang dijamin akan menjadi menu kegemaran anak anda. Bagi penggemar sushi pula sememangnya menu ini sangat menepati citarasa dan selera anda.
Sushi Salmon Teriyaki Bakar
Bahan-Bahan:
- Salmon (didadu)
- Hot teriyaki sauce
- Halia kisar
- Bawang putih kisar
- Rumpai laut
- Nasi
- Rich sesame sauce
- Daun bawang
Cara-Cara:
– Satukan salmon, hot teriyaki sauce, halia kisar dan bawang putih kisar. Gaul sebati.
– Letakkan sedikit nasi kat atas seaweed. Masukkan kedalam muffin tray. Muffin tray tu sapu dengan minyak dulu ya nak elakkan dari seaweed melekat kat tray.
– Sudukan salmon tadi kat atas.
– Bakar dalam oven suhu 200 selama 10 minit.
– Bila dah siap boleh tuang sedikit rich sesame sauce dan hirisan daun bawang. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.
Sumber: @didapuryana