Nak cuba buat sendiri Muffin Ala Kenny Rogers? Anda harus mencuba resipi ini. Sesuai sekarang anak-anak cuti sekolah, jadi ajak mereka buat bersama pasti lebih menyeronokkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Rasanya yang enak dan cara buat yang simple pasti si ibu puas dan gembira dengan hasilnya.
CHOCLATE HEAVEN MUFFIN Assalamualaikum… Arini sis nak share resipi yg seeenang sgt Bahan Pon mudah utk sediakan…. Cuti2 Ni boleh la baking dgn anak2.. Sedap mcm Muffin Kenny Rogers hampa Jom start
*Semoga Kita sama2 dimurahkan rezeki Aminnn
Bahan A
2 Biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla
Bahan B
200gm Tepung gandum
1sdt Baking powder
1sb Serbuk Koko
Choclate chip
Ads
Cara membuat:
1)campurkan kesemua Bahan A, Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
2)Masukkan Bahan B Gaul sehingga rata jangan terlalu lama.
3) Masukkan sedikit choclate chip Dan selebihnya letak diatas muffin
Ads
4) Senduk kan 3/4 kedalam muffin cup, tabirkan choclate chip mengikut citarasa anda.
5) Bakar dengan suhu 200° selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
Perkongsian Zunita Ramli mengenai cara Jepun menguruskan banjir sangat menarik untuk dikongsikan. Rupanya mereka menggunakan fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.
Jepun ni sebenarnya negara agak yang tak stabil dari segi bencana alam. Terletak di atas pertembungan 4 plate tektonik bumi yang kerap bergerak dan dalam Lingkaran Api Pasifik, jadi tak hairanlah kalau letusan gunung berapi, tsunami, taufan, banjir, gempa bumi, semua boleh berlaku di Jepun.
Tokyo contohnya, adalah bandar yang sangat berisiko untuk banjir besar sebab di Tokyo saja ada lebih 100 sungai. Banyangkan kalau taufan dengan hujan lebat datang.. Memang senang-senang Tokyo boleh tenggelam terus dalam banjir bila air sungai melimpah.
Benda ni pernah terjadi sebenarnya.
Tahun 1947 Taufan Kathleen yang melanda Tokyo memusnahkan 31,000 rumah dan mengorbankan 1,100 nyawa. Sedekad lepas tu, Taufan Kanogawa pula datang dengan bawa hujan yang sangat lebat, menyebabkan banyak kerosakan dan bisnes terjejas.
Tapi Jepun ni pandai.
Mereka tak berserah je.
Mereka mengkaji.
Apa yang sebabkan kerosakan? Banjir.
Jadi mereka bina satu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir.
Mereka berjaya buat Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) iaitu fasiliti bawah tanah untuk alihkan air banjir yang paling besar di dunia. Benda ni sangat besar dan hebat sebab menguji kecanggihan teknologi yang ada sampai dapat liputan seluruh dunia. Punyalah bersedia Jepun dengan banjir ni.
MAOUDC ni terletak di antara Showa di Tokyo dan Kasukabe di Saitama. Ia berada di kedudukan 22m bawah tanah dan dilengkapi dengan 6.3km terowong untuk lindungi Tokyo dari banjir.
Caranya, bila air sungai melimpah, ia akan disalurkan masuk ke salah satu dari 5 terowong selinder dalam MAOUDC yang tinggi dia lebih kurang 70m. Setiap terowong selinder ni memang sangat besar — sangat besar yang boleh muat sebuah roket (space shuttle) atau Statue of Liberty. Haa punya la besar.
Lepas hujan dah reda, air dari tangki ni akan dipam keluar ke Tokyo Bay, dengan pam berkuasa 13,000 horsepower. Bayangkan kalau ada kolam renang saiz 25m. Maksudnya, dengan kuasa horsepower 13,000 tu, kolam tu boleh dikosongkan dalam masa 2-3 saat je! Jadi tank besar ni memang dapat dikosongkan dengan sangat pantas dan efisyen lah.
Dengan cara macamni, Tokyo dapat kurangkan kerosakan akibat banjir hampir 90%. Sehingga September tahun lepas, fasiliti ni dah digunakan 7 kali dan Jepun berjaya jimat lebih kurang RM5.8 bilion kos pembersihan jika berlaku kerosakan akibat banjir. Banyak tu jimat.
Jepun berjaya buktikan walaupun mereka tak mempunyai kelebihan dari segi kestabilan geografi, tapi dengan kepakaran ilmu dan teknologi, mereka masih boleh jadi salah satu negara maju di dunia — dengan cara kaji, kaji dan kaji.
#CatatanZunitaDiJepun
ps: Mungkin ada yang tak baca lagi, jadi saya share semula.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johordi facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun Aqeef Anaqi, anak pasangan Amira Rosli dan Amar Bahrin yang hampir berusia 2 bulan ini masih belum muncul di kaca televisyen menerusi program The Adventures Of Aqeef Amyramar, namun kelibat anak comel ini sangat dinantikan peminat mereka.
Terdahulu Amar menerusi instagramnya mendedahkan nama bayi sulung mereka pada 9 Disember lalu, bersempena episod pertama, The Adventures Of Aqeef Amyramar yang mula disiarkan pada 6 Disember lalu.
Malah Amira sendiri mula menggunakan #Amyramaraqeef pada tarikh yang sama bersempena program ini yang disiarkan pada setiap Rabu, 9 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD, 123.
Walaupun baru berusia hampir 2 bulan namun kecomelan Aqeef terlihat jelas. Raut wajahnya perlahan-lahan memperlihatkan air muka mummy dan daddy tercintanya.
Semalam 16 Disember, satu majlis kesyukuran dan Cukur Jambul Aqeef Anaqi telah diadakan. Comelnya Aqeef ketika diraikan. Mari kita lihat kecomelan Aqeef ni.
Lihat gaya bersahaja Amira bersama Aqeef yang sentiasa mencuri hati peminatnya. Walaupun baru habis pantang, namun dia masih kekal cantik seperti dahulu.
Netizen tak kurang juga memuji kecomelan Aqeef dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Moga Aqeef membesar menjadi anak yang bijak dan sihat. Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.