Ads

Anak Tukang Rumah ‘Sapu’ Tiga Anugerah, Graduan UTHM Tekad Ubah Nasib Keluarga

Dilahirkan dalam keluarga serba sederhana bukan penghalang untuk seseorang menggapai impian. Malah, kepayahan hidup menjadi pembakar semangat untuk mencipta kejayaan demi mengubah nasib keluarga.

Itulah yang dibuktikan oleh Nur Anis Nazihah Zuraimi, 24, anak kepada seorang tukang rumah yang berjaya merangkul tiga anugerah sekali gus pada Istiadat Konvokesyen ke-26 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kisah graduan UTHM ini cukup bermakna buat mereka yang sedang berusaha membina masa depan dalam keadaan serba sederhana.

Anak Tukang Rumah ‘Sapu’ Tiga Anugerah, Graduan UTHM Tekad Ubah Nasib Keluarga
Nur Anis Nazihah bersama tiga anugerah dirangkul ketika Istiadat Konvokesyen ke-26 UTHM di Kampus Induk, Batu Pahat semalam. – ADNAN IBRAHIM

Kejayaan Graduan UTHM, Bukan Satu, Tetapi Tiga Anugerah

Anak ketiga daripada empat beradik itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Lebih membanggakan, Nur Anis berjaya menerima Anugerah Sultan Ibrahim, Anugerah Canselor serta Anugerah Wakaf dan Andowmen.

Ads

Perjalanan akademiknya bermula dengan pengajian diploma di Kampus UTHM Pagoh pada 2022 sebelum menyambung pengajian di kampus induk UTHM pada 2023.

Demi mendapatkan kerjaya yang mampu menjamin masa depan, gadis ini tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dengan memberikan sepenuh tumpuan terhadap pengajiannya.

“Alhamdulilah, apa yang saya impikan ketika menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi tercapai juga namun melebihi daripada yang dijangka.

“Kejayaan ini menaikkan tekad saya untuk mengorak langkah meneruskan cita-cita mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Sudah Bekerja, Masih Mahu Sambung Belajar Demi Keluarga

Meskipun kini sudah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang pengajiannya di sebuah syarikat swasta di Gemas, Nur Anis masih menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi membela nasib keluarga.

Ads

“Insya-Allah, walaupun sudah ada pekerjaan tetap, namun hasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetap terpahat di hati,” katanya.

Sesungguhnya, tiada hadiah yang lebih bermakna buat ibu bapa selain melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan.

Ads

Kisah Nur Anis membuktikan bahawa kesederhanaan hidup dan latar belakang keluarga bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.

Semoga kejayaan Nur Anis menjadi inspirasi buat anak-anak muda untuk terus mengejar impian dan membahagiakan insan tersayang.

BACA SINI : “Ijazah Ini Juga Milik Ayah…” Anak Mekanik Bangga Bergelar Graduan Universiti Malaya!

Sumber: Kosmo!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Doa Elak Pergaduhan Dalam Keluarga, Amalkan Untuk Rumah Tangga Harmoni

Amalkan doa keluarga bahagia daripada ayat al-Quran yang dikongsikan Ustazah Fatimah Syarha agar pasangan dan anak-anak menjadi penyejuk hati.