Ads

Ustaz Hamdi Meninggal Dunia, Kisah Pilu Isteri Menanti Suami Pulang

Menanti kepulangan suami selepas selesai menyampaikan kuliah agama, namun siapa sangka penantian seorang isteri akhirnya bertukar menjadi khabar duka apabila Ustaz Hamdi ditemukan lemas.

Misteri kehilangan guru takmir daerah Segamat, Ustaz Hamdi Abdul Razab, 34, terjawab apabila ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam sungai berhampiran Ladang Mados, Segamat, Johor.

Lebih menyayat hati, Allahyarham keluar untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat, namun tidak sempat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Ustaz Hamdi Meninggal Dunia, Kisah Pilu Isteri Menanti Suami Pulang

Isteri Bimbang Ustaz Hamdi Tidak Pulang

Kehilangan Allahyarham disedari selepas isterinya mendapati suaminya masih belum pulang ke rumah selepas selesai menyampaikan kuliah pada malam 25 November lalu.

Malah, kelibat Allahyarham juga tidak kelihatan keluar dari pintu pagar utama ladang berkenaan selepas waktu Isyak.

Beberapa kakitangan ladang kemudian berusaha mencari Allahyarham kerana menyangka beliau tersesat.

Ads

Bagaimanapun, usaha pencarian terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat serta paras air yang mula meningkat.

Bimbang akan keselamatan suami, isterinya yang berusia 28 tahun kemudian membuat laporan polis pada jam 1 pagi.

Kereta Ditemukan Terbalik Dalam Sungai

Pencarian akhirnya merungkai misteri kehilangan Allahyarham selepas kereta yang dipandunya ditemukan terbalik di dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7 pagi.

Ads

“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia dipandu mangsa dalam perjalanan dari Ladang Mados menuju ke Segamat dan kenderaannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam anak Sungai Kapeh.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Pergi Selepas Menabur Ilmu

Siapa menduga kuliah yang disampaikan pada malam itu menjadi perkongsian ilmu terakhir Allahyarham buat masyarakat.

Ads

Penantian seorang isteri untuk menyambut kepulangan suami tercinta akhirnya bertukar menjadi kehilangan buat selama-lamanya.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan sepanjang hayat Allahyarham terus diamalkan dan menjadi saham pahala yang mengalir buatnya di akhirat.

Salam takziah buat isteri dan seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Hamdi. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

Al-Fatihah.

BACA SINI : Cara Nak Sambut Suami Pulang Dari Kerja Yang Isteri Kena Tahu.Buatlah Makin Sayang

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Dukung Bayi 6 Bulan Sambil Berucap Di Parlimen, Fatima Payman Curi...

Fatima Payman mencuri hati ramai apabila mendukung bayi berusia enam bulan ketika berucap di Parlimen Australia. Momen manis penuh inspirasi buat ibu bekerjaya.