Ads

Dukung Bayi 6 Bulan Sambil Berucap Di Parlimen, Fatima Payman Curi Perhatian!

Mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang ibu dan tuntutan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil.

Namun, satu momen cukup mencuit hati di Parlimen Australia mencuri perhatian ramai apabila senator Muslim, Fatima Payman dilihat menyampaikan ucapan sambil mendukung anak perempuannya yang baru berusia enam bulan.

Rakaman yang tular di media sosial itu memperlihatkan sisi keibuan Fatima ketika menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Dalam suasana persidangan yang lazimnya dipenuhi perbincangan serius, kehadiran si kecil dalam dakapan ibunya memberikan satu pemandangan yang cukup berbeza dan menyentuh hati.

Dukung Bayi 6 Bulan Sambil Berucap Di Parlimen, Fatima Payman Curi Perhatian!

Gelagat Comel Anak Fatima Payman Ceriakan Suasana Parlimen

Menerusi laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku pada 25 November lalu ketika Senat Australia membincangkan rang undang-undang berkaitan keselamatan pengguna di internet.

Fatima yang mewakili Australia Barat dilihat tenang menyampaikan ucapan sambil mendukung anaknya, Aliyah.

Ads

Lebih mencuit hati, Senator Lidia Thorpe yang duduk di belakangnya turut mengagah si kecil dengan bermain ‘cak-cak’ dari tempat duduknya.

Gelagat tersebut turut mengundang senyuman beberapa senator lain, sekali gus menceriakan suasana persidangan.

Dukung Bayi 6 Bulan Sambil Berucap Di Parlimen, Fatima Payman Curi Perhatian!

Bukan Kali Pertama Bawa Anak Ke Parlimen

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Fatima membawa anaknya ke tempat kerja. Beliau sebelum ini pernah dilihat bersama Aliyah di dalam dewan Senat pada 8 September lalu.

Fatima juga pernah berkongsi pengalaman bergelar ibu, proses pemulihan selepas bersalin serta cabaran kembali bekerja.

Ads

Menariknya, sejak perubahan peraturan pada 2016, Senat Australia membenarkan ahlinya membawa bayi ke dalam dewan bagi tujuan penjagaan dan penyusuan.

Daripada Pelarian Kini Bergelar Senator

Di sebalik momen manis itu, Fatima mempunyai perjalanan hidup yang cukup menarik.

Dilahirkan di Afghanistan, beliau bersama keluarganya tiba di Australia pada 2003 ketika berusia lapan tahun sebagai pelarian.

Pada 2022, Fatima mencipta sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang menganggotai Parlimen persekutuan Australia.

Ads

Besarnya Makna Sokongan Buat Ibu Bekerjaya

Momen tersebut secara tidak langsung menggambarkan realiti kehidupan seorang ibu bekerjaya yang perlu mengimbangi pelbagai tanggungjawab.

Selain sokongan suami dan keluarga, persekitaran kerja yang memahami keperluan seorang ibu juga memainkan peranan penting.

Hakikatnya, bergelar ibu bukan bermakna perlu melupakan cita-cita, manakala mengejar impian bukan bermakna mengabaikan anak tersayang.

Alangkah indahnya apabila golongan ibu diberikan ruang dan sokongan untuk terus menggapai impian sambil membesarkan anak-anak.

BACA SINI : “Faz Dukung Fatima Non Stop” Gelagat Fazura Dukung Anak Sepanjang Masa Bikin Wargamaya Kagum

Sumber: EN.Haberler.com / New Arab

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Penuntut UKM Hilang 5 Minggu, Rayuan Pilu Kakak Undang Sebak

Penuntut UKM hilang sejak lima minggu lalu, seorang kakak yang sudah kehilangan kedua-dua ibu bapa merayu bantuan orang ramai untuk mencari adiknya.