Ads

Impikan Kematian Husnul Khatimah, Hazwani Helmi Ingatkan Jangan Terlalu Leka Dengan Dunia

Setiap insan pastinya mengimpikan pengakhiran hidup yang baik atau husnul khatimah. Namun, dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia, adakalanya kita alpa dalam mempersiapkan bekalan menuju akhirat.

Penyanyi, Hazwani Helmi mengajak orang ramai agar tidak terlalu leka dengan dunia, sebaliknya sentiasa memperbanyakkan amal ibadah sebagai persediaan menghadap Allah SWT.

Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi meluahkan keinginan untuk mengetahui amalan yang membawa seseorang kepada kematian husnul khatimah.

Impikan Kematian Husnul Khatimah, Hazwani Helmi Ingatkan Jangan Terlalu Leka Dengan Dunia

Tahu Amalan Kebaikan, Namun Belum Tentu Istiqamah

Menurut Hazwani, meskipun amalan tersebut sudah diketahui ramai, namun belum tentu semua orang mampu melakukannya secara istiqamah.

“Kalau kita ada kuasa luar biasa, saya teringin nak tanya kepada mereka yang sudah berada di alam kubur.

“Apakah amalan mereka sehingga mereka mendapat husnul khatimah?

“Tapi, jawapan itu kita semua sudah tahu. Cuma belum tentu kita nak buat,” kongsinya.

Ads

Andai Tahu Bila Akan Dijemput Ilahi

Dalam pada itu, pelantun lagu Mengukir Takdir tersebut turut menyentuh tentang kepentingan melipatgandakan ibadah sebagai persediaan menghadapi kematian.

“Seandainya kita tahu bila kita akan meninggal dunia, mesti kita semua tak sempat bermain media sosial.

“Semua akan sibuk untuk memperbanyakkan ibadah, membaca al-Quran dan khususnya berinfaq.”

Ads

Hazwani turut menitipkan doa agar setiap insan diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan.

“Semoga Allah menerima amalan kita, memberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan semoga kita dikurniakan husnul khatimah. Amin.”

Jangan Tunggu Esok Untuk Berbuat Baik

Perkongsian Hazwani ini wajar dijadikan renungan bersama. Dalam kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT.

Ads

Selagi masih diberikan kesempatan, perbanyakkanlah amal ibadah, hargai insan tersayang dan didiklah anak-anak untuk mencintai kebaikan.

Semoga kita seisi keluarga dikurniakan pengakhiran hidup yang baik dan diterima segala amalan oleh Allah SWT.

BACA LAGI : Pelakon Wafa Abd Kadir Derita Penyakit Kanser Peritoneal Tahap 4, Doa Agar ‘Pergi’ Dalam Keadaan Husnul Khatimah.

Sumber:  Threads Hazwani Helmi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Hebat! 3 Selebriti Raih Ijazah Sarjana UPSI, Bukti Usia Bukan Penghalang

Tomok, Anis Suraya dan Zulkifli Ismail berjaya meraih ijazah sarjana UPSI menerusi laluan APEL.Q, membuktikan usia bukan penghalang menuntut ilmu.