Ads

Waktu Solat Selangor 2027 Berubah, 9 Daerah Ada Jadual Lebih Tepat

Buat ibu ayah yang menetap di Selangor, ada perubahan penting berkaitan jadual waktu solat Selangor 2027 yang perlu diberikan perhatian menjelang tahun hadapan.

Bermula 1 Januari 2027, Selangor akan melaksanakan penentuan waktu solat mengikut sembilan daerah berbanding tiga zon sebelum ini bagi meningkatkan ketepatan waktu ibadah umat Islam.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, perubahan itu bertujuan memastikan waktu solat ditentukan berdasarkan kedudukan geografi setiap daerah, sekali gus mengurangkan perbezaan waktu antara kawasan.

Waktu Solat Selangor 2027 Berubah, 9 Daerah Ada Jadual Lebih Tepat
Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir

Waktu Solat Selangor 2027 Mengikut Sembilan Daerah

Berbanding sistem sebelum ini yang menggabungkan beberapa daerah dalam satu zon, setiap daerah kini akan mempunyai jadual waktu solat tersendiri.

Sembilan daerah yang terlibat ialah:

  • Sabak Bernam

  • Kuala Selangor

  • Hulu Selangor

  • Gombak

  • Petaling

  • Klang

  • Kuala Langat

  • Hulu Langat

  • Sepang

Menurut Anhar, pelaksanaan sistem baharu itu dapat mengurangkan jurang perbezaan waktu solat antara kawasan paling timur dan paling barat.

Ads

“Iaitu tidak perlu penduduk di sebelah timur menunggu sampai empat ataupun enam minit berbanding dengan waktu zon yang sebelum ini,” katanya.

Isu Azan Maghrib Terlalu Awal Ketika Ramadan

Antara faktor yang mendorong perubahan tersebut adalah susulan aduan mengenai laungan azan Maghrib sebelum masuk waktunya sepanjang Ramadan.

Menurut beliau, terdapat laporan azan Maghrib dilaungkan antara dua hingga empat minit lebih awal sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kesempurnaan ibadah puasa umat Islam.

Hasil semakan turut mengesahkan sebahagian kejadian berkenaan berlaku sebelum masuk waktu Maghrib berdasarkan lokasi terbabit.

Ads

Jadual Waktu Solat Baharu Sudah Boleh Dimuat Turun

Bagaimanapun, umat Islam di Selangor tidak perlu bimbang kerana jadual waktu solat bagi kesemua sembilan daerah dari Januari hingga Disember 2027 sudah boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Perbincangan turut dijalankan bagi memasukkan jadual waktu solat mengikut daerah ke dalam aplikasi IMAN kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru, ibu ayah disarankan menyemak jadual waktu solat mengikut daerah masing-masing serta mengemas kini tetapan aplikasi dan jam azan digital di rumah apabila sistem baharu berkuat kuasa.

Ads

Lebih-lebih lagi menjelang Ramadan nanti, ketepatan waktu Subuh dan berbuka puasa amat penting untuk diberikan perhatian.

Jangan lupa maklumkan perubahan ini kepada ibu bapa, saudara-mara dan ahli keluarga yang menetap di Selangor.

Semakan jadual waktu solat: Jabatan Mufti Negeri Selangor

BACA LAGI : Nak Kena Qada Ke Semua?’ Janna Nick Tersalah Waktu Solat Tiga Hari Di Luar Negara

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Ijazah Ini Juga Milik Ayah…” Anak Mekanik Bangga Bergelar Graduan Universiti...

Kisah inspirasi anak mekanik berjaya meraih ijazah di Universiti Malaya dan menjadi graduan pertama keluarga demi menghargai pengorbanan ayah.