Ads

Masuk Tahun Satu Usia 6 Tahun Bakal Wajib Pada 2029, Perubahan Besar Ibu Ayah Perlu Tahu!

Ibu ayah yang mempunyai anak kecil nampaknya perlu mula membuat persediaan lebih awal susulan perubahan pendidikan awal dan kemasukan murid ke sekolah rendah yang sedang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perancangan untuk mewajibkan anak masuk Tahun Satu usia 6 tahun mulai 2029 pastinya menjadi antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh ibu ayah.

Selain meneliti cadangan membolehkan kanak-kanak seawal usia tiga tahun memasuki tadika, KPM turut merancang untuk mewajibkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu mulai 2029.

Masuk Tahun Satu Usia 6 Tahun Bakal Wajib Pada 2029, Perubahan Besar Ibu Ayah Perlu Tahu!

Perkembangan ini tentunya menarik perhatian ibu bapa, terutama dalam memastikan tahap kesediaan emosi, mental dan fizikal anak sebelum melangkah ke alam persekolahan.

KPM Teliti Cadangan Anak Usia 3 Tahun Masuk Tadika

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, KPM sedang menyelaraskan peruntukan undang-undang bersama beberapa kementerian lain bagi membolehkan kanak-kanak berusia tiga tahun (Kohort 3+) memasuki tadika.

Penyelarasan itu penting memandangkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak melibatkan beberapa kementerian serta agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ads

Selepas proses penyelarasan selesai, kertas cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan lanjut.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan berkemungkinan memerlukan pindaan undang-undang sebelum dapat dilaksanakan.

Masuk Tahun Satu Usia 6 Tahun Bakal Wajib Pada 2029, Perubahan Besar Ibu Ayah Perlu Tahu!
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad

Masuk Tahun Satu Usia 6 Tahun Bakal Diwajibkan Pada 2029

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi laporan Berita Harian, kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu dirancang untuk diwajibkan mulai 2029.

“Sekarang ini tahun 2027 dan 2028 kita bagi pilihan, jadi tahun 2029 itu kita akan wajibkan,” katanya.

Tempoh dua tahun tersebut akan digunakan bagi mempersiapkan kemudahan sekolah, kurikulum serta latihan guru.

Setakat ini, KPM menerima sekitar 73,000 hingga 74,000 permohonan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu bagi sesi 2027.

Ads

Ini bermakna, berdasarkan perancangan yang dinyatakan, ibu ayah masih mempunyai pilihan untuk menghantar anak masuk Tahun Satu usia 6 tahun bagi sesi persekolahan 2027 dan 2028 sebelum kemasukan tersebut dirancang untuk diwajibkan pada 2029.

Ini Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Secara ringkasnya, berikut adalah perancangan KPM berkaitan kemasukan anak ke tadika dan sekolah rendah:

Usia / Tahun Perancangan KPM
Usia 3 tahun Kemasukan ke tadika masih dalam peringkat cadangan
Tahun 2027 Masuk Tahun Satu pada usia enam tahun secara pilihan
Tahun 2028 Masuk Tahun Satu pada usia enam tahun secara pilihan
Tahun 2029 Kemasukan ke Tahun Satu pada usia enam tahun dirancang untuk diwajibkan

Bagaimanapun, ibu ayah perlu membezakan antara cadangan kemasukan ke tadika pada usia tiga tahun dengan perancangan kemasukan ke sekolah rendah pada usia enam tahun.

Kedua-duanya mempunyai proses dan keperluan pelaksanaan yang berbeza. Justeru, ibu ayah disarankan mengikuti pengumuman rasmi KPM dari semasa ke semasa.

Ads

Ibu Ayah, Mula Latih Anak Dari Sekarang

Persediaan anak ke sekolah bukan sekadar pandai membaca, menulis dan mengira. Kemahiran berdikari, berkomunikasi, mengurus emosi serta bergaul dengan rakan sebaya juga penting.

Namun, jangan terlalu mendesak anak sehingga mereka hilang keseronokan untuk belajar.

Setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Biarlah pendidikan awal menjadi pengalaman yang menggembirakan buat si kecil.

Agak-agaknya, ibu ayah dah bersedia sekiranya anak mula ke tadika pada usia tiga tahun dan melangkah ke Darjah 1 seawal usia enam tahun?

BACA LAGI :KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Anak Cikgu Cemerlang 10A SPM Layak Terima Inisiatif

Sumber : Kosmo Online, Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Detik Cemas Bayi 5 Bulan Diserang Monyet Liar, Alami 7 Luka...

Bayi lima bulan diserang monyet liar ketika tidur di dalam buaian di Sungai Buloh sehingga mengalami tujuh luka dalam pada bahagian muka.