Ads

Detik Cemas Bayi 5 Bulan Diserang Monyet Liar, Alami 7 Luka Dalam Pada Muka

Tidak terbayang perasaan seorang ibu apabila melihat bayi yang sedang lena tidur di dalam buaian tiba-tiba berlumuran darah selepas diserang monyet liar.

Itulah ujian berat yang menimpa pasangan suami isteri berusia 21 dan 18 tahun apabila anak kedua mereka, Ahmad Ayyash Adyan yang baru berusia lima bulan mengalami tujuh luka dalam pada bahagian muka.

Kejadian yang berlaku di Kampung Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh pada Ahad lalu itu kini dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Detik Cemas Bayi 5 Bulan Diserang Monyet Liar, Alami 7 Luka Dalam Pada Muka

Ibu Di Dapur Sebelum Terdengar Jeritan Anak

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.18 malam ketika ibu mangsa berada di dapur, manakala Ayyash sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu.

“Ibu mangsa terdengar jeritan sebelum mendapati seekor monyet berada berhampiran mangsa.

“Monyet tersebut dipercayai memasuki rumah melalui tingkap yang terbuka sebelum melarikan diri melalui tingkap berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Meraung, Menangis Minta Bantuan Jiran

Menurut ibu saudara mangsa, Nur Ilya Natasha Mohamad Farid, 20, ibu Ayyash meraung dan menangis meminta bantuan jiran selepas melihat anaknya berlumuran darah.

Ads

Dalam keadaan cemas, ibu muda itu membawa anaknya ke Hospital Sungai Buloh dengan bantuan rakan suaminya yang menghantar mereka menaiki motosikal.

Lebih meruntun hati, menurut Nur Ilya Natasha, doktor tidak menolak kemungkinan Ayyash berdepan risiko komplikasi serius termasuk kecacatan otak, perkembangan tidak normal atau kematian susulan kecederaan dialaminya.

Detik Cemas Bayi 5 Bulan Diserang Monyet Liar, Alami 7 Luka Dalam Pada Muka
Ahmad Ayyash Adyan yang baru berusia lima bulan mengalami tujuh luka dalam pada bahagian muka.

Elakkan Risiko Diserang Monyet Liar Di Kawasan Kediaman

Lebih membimbangkan, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut mengalami tiga luka pada kaki kiri selepas diserang monyet di rumah keluarganya di Paya Jaras, sehari sebelum kejadian menimpa Ayyash.

Ads

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, langkah berjaga-jaga amat penting terutama sekiranya kawasan kediaman sering menjadi tumpuan monyet liar.

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko diserang monyet liar adalah seperti berikut:

  • Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup atau dilengkapi penghadang yang sesuai sekiranya terdapat monyet berkeliaran.
  • Elakkan meletakkan makanan di kawasan terbuka yang mudah menarik perhatian haiwan liar.
  • Jangan cuba memberi makanan, mengusik atau menghampiri monyet liar.
  • Pastikan bayi dan anak kecil berada di kawasan yang selamat serta terlindung daripada ancaman haiwan liar.
  • Laporkan kehadiran monyet yang mengancam keselamatan penduduk kepada pihak Perhilitan untuk tindakan sewajarnya.

Sekiranya seseorang mengalami kecederaan selepas diserang monyet liar, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Luka akibat gigitan atau cakaran haiwan juga boleh membawa risiko jangkitan yang memerlukan pemeriksaan doktor.

Ads

Langkah keselamatan ini bukan sahaja penting untuk melindungi anak-anak, malah demi keselamatan seluruh ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Sama-Sama Doakan Kesembuhan Adik Ayyash

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat adik Ayyash serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kedua-dua ibu bapanya dalam menghadapi ujian berat ini.

Sama-sama kita titipkan doa agar adik Ayyash kembali sihat dan dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Kosmo! Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Garam Makanan

Anak Suka Nugget, Sosej & Mi Segera? Ibu Ayah Awasi Garam...

Awas garam tersembunyi dalam nugget, sosej dan mi segera kegemaran anak. Ketahui bahayanya serta 5 cara mudah mengawal pengambilan garam anak.