Ads

“Apa Pun Keputusannya Nanti, Kita Tetap Bangga…” Menteri Pendidikan Titip Pesanan Buat Ibu Ayah Calon SPM 2026

SPM 2026

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 bermula hari ini, 23 November, pastinya menjadi detik mendebarkan bukan sahaja buat calon, malah ibu ayah yang sentiasa mengharapkan kejayaan anak-anak.

Dalam kesibukan membuat persiapan terakhir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menitipkan pesanan penuh bermakna agar ibu bapa terus memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak sepanjang menghadapi peperiksaan penting itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau mengingatkan calon supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri, sebaliknya kekal tenang dan yakin dengan segala usaha yang telah dilakukan.

SPM 2026
Kredit: Facebook Fadhlina Sidek

Ibu Bapa Diingatkan Agar Terus Menghargai Usaha Anak-Anak

Lebih menyentuh hati, Datuk Seri Fadhlina turut mengingatkan ibu bapa dan guru agar terus menitipkan doa serta memberikan keyakinan kepada calon tanpa mengira keputusan yang bakal diperoleh.

Ads

“Anak-anak kita perlukan keyakinan bahawa apa pun keputusannya nanti, kita tetap bangga dengan usaha mereka,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan calon supaya mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi selain memasuki dewan peperiksaan dengan hati yang tenang.

Beliau turut mendoakan agar semua calon dapat memberikan yang terbaik sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ads

Peperiksaan bertulis dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember 2026.

Ads

Sesungguhnya, di sebalik harapan ibu ayah untuk melihat anak cemerlang dalam peperiksaan, sokongan emosi dan kata-kata semangat juga amat bermakna.

Keputusan peperiksaan mungkin berbeza, namun usaha dan kesungguhan anak-anak tetap wajar dihargai.

BACA LAGI: Ustazah Asma’ Harun Titip 3 Pesanan Buat Anak Menjelang SPM
Sumber: RTM, Facebook Fadhlina Sidek

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Cikgu, Kejayaan Ini Juga Milik Cikgu…” Dulu Lemah Matematik, Kini Sivam...

Dr. Sivam berjaya menggenggam PhD selepas pernah berada di kelas belakang. Kisah pengorbanan Cikgu Azian yang hadir ke konvokesyennya mengundang sebak.