Ads

Ustazah Asma’ Harun Titip 3 Pesanan Buat Anak Menjelang SPM

“Umi, doakan Sarah ya… Sarah takutlah.” Luahan penuh emosi anak kepada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 menyentuh hati ramai.

Sebagai seorang ibu, pasti sebak apabila melihat anak sendiri berdepan rasa takut dan bimbang menjelang peperiksaan penting dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ustazah Asma’ menceritakan detik anak perempuannya, Maisarah atau mesra disapa Sarah, meluahkan perasaan menjelang SPM.

“Umi, doakan Sarah ya. Sarah takutlah, lagi beberapa hari je nak SPM…”

Mendengar luahan itu, Ustazah Asma’ bukan sahaja menenangkan anaknya, malah menitipkan tiga pesanan bermakna sebagai bekalan menghadapi peperiksaan.

Ustazah Asma’ Harun Titip 3 Pesanan Buat Anak Menjelang SPM

Tiga Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Anak

1. Bersyukur Masih Ada Ibu Ayah

Ustazah Asma’ mengingatkan Sarah supaya sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah yang boleh menjadi tempat mengadu serta memberikan sokongan.

Beliau turut mengajak anaknya mengenang nasib calon SPM lain yang terpaksa berjuang tanpa ibu atau ayah di sisi.

Pesanan ini menjadi peringatan bahawa kehadiran ibu bapa merupakan satu nikmat yang amat besar, lebih-lebih lagi ketika anak-anak memerlukan seseorang untuk berkongsi kebimbangan dan mendapatkan kata-kata semangat.

2. Betulkan Niat Belajar Kerana Allah

Pesanan kedua, beliau menasihati Sarah agar belajar bersungguh-sungguh bukan semata-mata untuk menggembirakan ibu bapa atau mengejar keputusan cemerlang, sebaliknya kerana Allah SWT.

Ads

Ilmu yang diperoleh juga perlu dimanfaatkan untuk kebaikan diri, agama dan masyarakat.

3. Sentiasa Berdoa, Jangan Mudah Mengalah

“Sarah, jangan tinggal doa ini… kadangkala yang menghalang kejayaan adalah diri kita sendiri.”

Itulah pesanan Ustazah Asma’ kepada anaknya agar tidak meninggalkan doa, selain terus berusaha melawan kelemahan diri seperti malas, suka bertangguh dan mudah berputus asa.

Beliau turut berkongsi doa yang sering dibacakan untuk semua anak-anaknya, sebagaimana diriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

Maksudnya:

Ads

“Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk yang benar dan lindungilah aku daripada kejahatan diriku sendiri.”

(Riwayat al-Tirmidhi, no. 3483)

Doa ini menjadi peringatan bahawa selain berusaha mencapai kejayaan, seseorang juga perlu memohon petunjuk Allah SWT agar sentiasa diberikan kekuatan untuk mengatasi kelemahan diri sendiri.

Ustazah Asma’ Harun Titip 3 Pesanan Buat Anak Menjelang SPM

Ibu Ayah, Jangan Tambah Tekanan Anak

Dalam perkongsian sama, Ustazah Asma’ turut menitipkan pesanan buat ibu bapa agar tidak memberikan tekanan berlebihan kepada anak-anak yang bakal menduduki SPM.

Ads

Sebaliknya, jadilah sumber kekuatan dengan memberikan kata-kata semangat, sokongan emosi dan doa yang berterusan.

Beliau juga mendoakan agar Sarah serta semua calon SPM dikurniakan ketenangan hati, dipermudahkan urusan dan diberikan kejayaan terbaik.

Lebih 420,000 Calon Bakal Duduki SPM 2026

Sekadar informasi, peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dijadualkan berlangsung bermula 23 November hingga 17 Disember 2026.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang akan dilaksanakan di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semoga semua calon SPM 2026 diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab peperiksaan dan memperoleh kejayaan yang membanggakan keluarga.

Sesungguhnya, di sebalik usaha anak-anak mengejar kecemerlangan, doa dan restu ibu ayah menjadi antara sumber kekuatan paling berharga.

BACA LAGI : Anak Meragam Ketika Solat, Ustazah Asma’ Harun Kongsi Apa Ibu Bapa Boleh Lakukan

Sumber: Perkongsian Ustazah Asma’ Harun

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Lima Anak, Semuanya Autisme…” Ibu Tabah Anggap Anak Anugerah Terindah Allah

Lima anak autisme menjadi anugerah terindah buat Nor Idah. Ikuti kisah hebat ibu tabah ini menghadapi cabaran, hinaan masyarakat dan membesarkan anak.