Ads

Noh Salleh Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Hari Lahir Tara Svara

Kehadiran cahaya mata sememangnya membawa kebahagiaan dan makna tersendiri dalam kehidupan ibu bapa. Begitu juga buat penyanyi Noh Salleh yang menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran pertama anak perempuannya, Tara Svara, pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh Sadeli meluahkan rasa syukur atas kehadiran Tara yang disifatkan sebagai kurniaan Tuhan paling indah buat dirinya dan isteri, Fatin Athira Mustapa.

Noh Salleh Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Hari Lahir Tara Svara

Noh Salleh Syukur Dengan Kehadiran Tara Svara

Dalam perkongsian tersebut, Noh Salleh turut mengimbas kembali detik-detik sepanjang setahun menyaksikan perkembangan anak perempuannya yang kini semakin bijak dan menceriakan kehidupan mereka sekeluarga.

“Genap setahun sejak kami menyambut Tara ke dunia. Ini adalah kurniaan Tuhan yang paling indah buat kami suami isteri.

“Kami lalui dan pelajari banyak perkara sepanjang setahun membesarkan Tara yang semakin hari semakin cantik dan bijak.

“Setiap hari kami menyaksikan mekarnya Tara dengan kejutan-kejutan manis yang sangat di luar jangkaan. Kadangkala terasa masa berjalan sangat pantas,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut menggambarkan betapa berharganya setiap detik yang dilalui bersama anak tersayang, terutama apabila melihat sendiri perubahan dan perkembangan si kecil dari hari ke hari.

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, momen sederhana bersama keluarga ternyata memberikan kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dengan Tara, Saya Semakin Dekat Dengan Tuhan”

Lebih menyentuh hati, pelantun lagu Sang Penikam itu mengakui kehadiran puteri kesayangannya memberikan makna baharu dalam kehidupan, sekali gus menjadikan dirinya lebih bersyukur dan dekat dengan Allah SWT.

Ads

“Kehadiran Tara memberikan kami makna untuk terus hidup sekali gus menjadikan kami lebih bersyukur dan yakin bahawa Allah tidak pernah lupa dengan hamba-hamba-Nya yang lalai ini.

“Dengan Tara, saya merasakan semakin dekat dengan Tuhan dan jelaslah pusat graviti kehidupan saya hanya berpandukan ujian kesabaran dan rasa syukur penuh cinta kasih sayang kepada-Nya,” luahnya.

Noh turut menghargai pengorbanan isterinya sepanjang membesarkan Tara yang membuatkan dirinya semakin memahami besarnya kasih dan cinta seorang ibu.

Dalam masa sama, Noh berharap agar dia dan isteri terus dikurniakan kesabaran serta ilmu dalam mendidik Tara menjadi insan yang berguna.

Ads

“Semoga Allah melancarkan jalan hidup Tara Svara. Selamat hari lahir anakku. Bapak sayang kamu,” titipnya penuh kasih.

Untuk rekod, Noh dan Fatin Athira mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.

Sumber: Instagram Noh Salleh

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Azwan AF2014 Sanggup Korban Hasrat Kahwin Demi Bapa, “Ayah Hanya...

Azwan Satar sanggup korban hasrat berkahwin demi menjaga bapa uzur berusia 88 tahun. Kisah pengorbanannya cukup menyentuh hati.