
Rakyat Malaysia disarankan segera mengemas kini sistem operasi telefon bimbit masing-masing! Langkah ini penting bagi memastikan peranti bersedia menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal EWS (Early Warning System) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Saranan itu dikongsikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi media sosial sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan sistem berkenaan.
EWS merupakan inisiatif kerjasama antara MCMC dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menyalurkan maklumat kecemasan terus ke telefon bimbit pengguna di kawasan terlibat.
Sistem ini menggunakan teknologi Cell Broadcast yang membolehkan amaran disampaikan dengan pantas supaya orang ramai dapat mengambil tindakan awal ketika berdepan situasi kecemasan.

Ini Yang Perlu Anda Buat Pada Telefon Bimbit
MCMC mengingatkan pengguna iPhone, Android dan Huawei supaya melakukan beberapa langkah mudah berikut:
-
Kemas kini sistem operasi telefon kepada versi terkini.
-
Semak tetapan amaran kecemasan (Emergency Alerts) pada peranti.
-
Aktifkan fungsi amaran kecemasan sekiranya tersedia.
-
Rujuk panduan rasmi MCMC mengikut jenis telefon yang digunakan.

Pengguna iOS, Android dan HUAWEI diminta kemas kini telefon
3 Tarikh Penting Pelaksanaan EWS
Menurut MCMC, sistem ini akan dilaksanakan secara berfasa menerusi beberapa peringkat ujian:
-
19 November 2026: Ujian teknikal.
-
23 November 2026: Ujian simulasi.
-
29 November 2026: Ujian seluruh negara.
Operasi penuh EWS hanya akan dimulakan selepas pengujian selesai dan kesiapsiagaan sistem disahkan.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya menerima notifikasi yang dikenal pasti sebagai ujian EWS.
Justeru, ibu bapa digalakkan menyemak telefon ahli keluarga, terutama warga emas, bagi memastikan mereka tidak terlepas maklumat kecemasan.
Persediaan kecil ini mungkin memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan diri dan keluarga ketika berdepan bencana.
BACA LAGI : Virus Baharu Makanan Laut! Amaran Penting Tentang Jangkitan Mata Kronik
Sumber : Facebook MCMC

