Ads

Derma Organ Dalam Islam, Dr Zulkifli Perjelas 7 Syarat Wajib Dipatuhi

Derma organ dalam Islam adalah harus dan amat digalakkan kerana mampu menyelamatkan nyawa serta memberi harapan baharu kepada insan lain. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya mengenai hukumnya dari sudut Islam, khususnya apabila melibatkan pendermaan organ selepas kematian.

Menjelaskan perkara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa hukum pendermaan organ dan tisu dalam Islam adalah harus, malah amat digalakkan, selagi memenuhi syarat ditetapkan syarak.

Derma Organ Dalam Islam, Dr Zulkifli Perjelas 7 Syarat Wajib Dipatuhi

Menerusi perkongsian di Threads, beliau memaklumkan bahawa pendirian tersebut kekal dipegang sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Ads

“Pandangan saya semasa menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kini, kami berpegang dengan hukum pendermaan organ dan tisu adalah HARUS dan amat digalakkan.”

Penjelasan tersebut sekali gus memberi pencerahan kepada masyarakat Islam yang mungkin masih mempunyai keraguan untuk mendaftar sebagai penderma organ, terutama apabila melibatkan pengambilan organ selepas seseorang meninggal dunia.

Walaupun pendermaan organ dibenarkan, pelaksanaannya tetap perlu mematuhi garis panduan syarak bagi memastikan hak penderma dan penerima terpelihara.

Ads

7 Syarat Derma Organ Dalam Islam

Bagaimanapun, Dr Zulkifli menjelaskan terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pendermaan organ menepati hukum syarak.

  1. Mendapat keizinan penderma sebelum kematian dalam keadaan berakal, baligh dan tanpa paksaan, atau keizinan wali selepas kematian.
  2. Pemindahan organ diyakini berpotensi berjaya berdasarkan penilaian perubatan.
  3. Dilakukan khusus untuk tujuan perubatan, bukan bagi kepentingan lain.
  4. Tiada unsur jual beli dalam proses pendermaan dan pemindahan organ.
  5. Memenuhi keperluan darurat atau syarie yang disahkan pakar perubatan apabila tiada alternatif lain untuk menyelamatkan pesakit.
  6. Tidak melibatkan organ reproduktif yang boleh menyebabkan percampuran nasab atau keturunan.
  7. Dilaksanakan di pusat perubatan bertauliah secara adil, tanpa diskriminasi antara golongan kaya dan miskin serta bebas daripada unsur jual beli.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada semua individu yang telah mendaftar sebagai penderma organ kerana kesediaan mereka berpotensi memberi peluang kedua kepada pesakit yang memerlukan.

Ads

Sesungguhnya, di sebalik pemergian seseorang insan, organ yang didermakan mampu menjadi harapan baharu buat pesakit lain untuk terus hidup bersama keluarga tersayang.

BACA LAGI : Dr Zulkifli Santuni Tun Mahathir, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Pemergian Tun Hasmah

Sumber: Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dulu 9A UPKK, Kini Mumtaz PSRA…” Fedtri Yahya Syukur Anak Kedua...

Ahmad Wildan Arjuna raih Mumtaz PSRA 2026 selepas memperoleh 9A UPKK. Fedtri Yahya luah rasa syukur dan bangga dengan kejayaan anaknya.