Ads

3 Beradik Graduasi UTM Tahun Sama, Kejayaan Luar Biasa Buat Ibu Ayah

Bukan seorang, tetapi tiga anak berjaya menamatkan pengajian pada tahun yang sama! Pastinya detik paling membahagiakan buat ibu bapa apabila segala pengorbanan demi pendidikan anak-anak akhirnya membuahkan hasil.

Itulah kegembiraan pasangan Hasleena dan Mohammad Hofni apabila tiga anak mereka berjaya bergraduasi pada tahun yang sama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kisah 3 beradik graduasi UTM ini cukup membanggakan apabila masing-masing berjaya menamatkan pengajian dalam bidang berbeza, sekali gus menghadiahkan kenangan paling bermakna buat kedua-dua ibu bapa mereka.

3 Beradik Graduasi UTM Tahun Sama, Kejayaan Luar Biasa Buat Ibu Ayah

Anak sulung, Haziqah Naili, 26, memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Struktur) serta menerima Anugerah Dekan.

Ads

Adiknya, Mohamad Hadif Najmi, 24, pula menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pembinaan Bangunan dan menerima pentauliahan PALAPES Darat, manakala Hadirah, 21, menggenggam Diploma Hartanah.

3 Beradik Graduasi UTM, Pengorbanan Ibu Ayah Akhirnya Terbayar

Menurut Haziqah, antara cabaran terbesar keluarga mereka ialah kewangan apabila ibu bapa perlu menanggung perbelanjaan pengajian tiga anak serentak.

Selain berjauhan daripada keluarga di Ipoh, Perak, tiga beradik itu turut belajar berdikari dan sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

Ads

Mengimbas detik graduasi, Haziqah mengakui sebak dan terharu apabila dapat meraikan kejayaan bersama dua adiknya.

Baginya, pencapaian tersebut merupakan hadiah paling bermakna buat ibu bapa yang tidak pernah berhenti berkorban dan memberikan dorongan.

Ads

Kini, Haziqah berkhidmat sebagai Jurutera Air di Petaling Jaya dan menyimpan impian melanjutkan pengajian ke peringkat PhD sebelum bergelar pensyarah.

Tahniah buat tiga beradik ini! Sesungguhnya, tiada yang lebih membahagiakan hati ibu ayah selain melihat anak-anak berjaya selepas bertahun-tahun berkorban demi masa depan mereka.

BACA SINI : Tiga Beradik Bergelar Huffaz Serentak, “Hadiah Terbesar Buat Ibu Dan Ayah”

SUMBER : News UTM

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Berehatlah Isteri Syurgaku…” 9 Tahun Bercinta, Baru Sebulan Nikah, Isteri Pergi...

Kanser otak tahap empat meragut nyawa Qila selepas 39 hari bergelar isteri. Kisah cinta sembilan tahun bersama Idham berakhir dengan pemergian yang pilu.