Ads

Prof Dr Shatriah Ismail Rai Detik Istimewa, Impian Bedah Pesakit Bersama Anak Jadi Kenyataan

Dulu menghantar anak ke sekolah, kini berpeluang berganding bahu dalam bilik pembedahan. Siapa sangka anak yang suatu ketika dahulu masih kecil, kini sudah bergelar doktor dan bertugas bersama ibu sendiri di hospital yang sama.

Itulah pengalaman istimewa buat Prof Dr Shatriah Ismail, 56, pakar mata kanak-kanak di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Anak sulungnya, Dr Nik Luqmanul Hakim Nik Ahmad Zuky, 31, turut berkhidmat di hospital berkenaan sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Anestesiologi.

Prof Dr Shatriah Ismail Rai Detik Istimewa, Impian Bedah Pesakit Bersama Anak Jadi Kenyataan
PROF Dr Shatriah Ismail yang juga pakar mata kanak-kanak bersama anak sulungnya, Dr Nik Luqmanul Hakim Nik Ahmad Zuky yang turut berkhidmat di HPUSM Kubang Kerian. FOTO ihsan Prof Dr Shatriah Ismail

Prof Dr Shatriah Ismail Jalankan Pembedahan Mata, Anak Kendalikan Pembiusan

Menurut Dr Shatriah, mereka sesekali berpeluang bekerjasama dalam prosedur pembedahan walaupun mempunyai bidang tugas berbeza.

Ads

“Saya menjalankan prosedur pembedahan mata, sementara anak pula bertanggungjawab mengendalikan pembiusan serta memastikan keselamatan pesakit bawah pengawasan Pakar Anestesiologi sepanjang prosedur berlangsung,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan profesionalisme tetap menjadi keutamaan meskipun mempunyai hubungan ibu dan anak.

Empat Anak Semua Pilih Bidang Perubatan

Menariknya, bukan hanya anak sulung, malah keempat-empat anak Dr Shatriah turut mengikuti jejak langkahnya dalam bidang perubatan.

Anak keduanya, Dr Syamim Firdaus, 30, sedang melanjutkan pengajian kepakaran Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Ads

Dr Nik Zahid Asyraf, 25, pula baru menamatkan pengajian perubatan, manakala anak bongsunya, Nik Aimi Munirah, 23, masih menuntut dalam bidang sama di sebuah universiti awam tempatan.

Bagi Dr Shatriah, melihat anak yang dahulu dihantar ke sekolah kini menjadi rakan sekerja merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Ads

Kisah keluarga ini menjadi inspirasi apabila hubungan ibu dan anak bukan sekadar terjalin di rumah, malah turut disatukan melalui minat dan tanggungjawab dalam dunia perubatan.

BACA SINI : “Tak Mampu Bagi Duit Belanja Banyak…” Ibu 12 Anak Bangga, Ada Jadi Doktor & Jurutera

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dulu Diejek Budak Kaki Tempang, Kerusi Ditarik Sampai Jatuh…” Pemuda Cerebral...

Cerebral Palsy tidak menghalang Yeow Ting Fong meraih ijazah USM walaupun pernah dibuli. Kisah inspirasi tentang semangat, kejayaan dan sokongan keluarga.