Ads

“Ayah 5 Anak, Umur 55 Tahun…” Eizlan Yusof Raih Ijazah Sarjana, Isteri Luah Rasa Bangga

Usia bukan penghalang untuk terus mengejar impian. Pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains Pengurusan pada usia 55 tahun.

Lebih membanggakan, bapa kepada lima cahaya mata itu diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-39, sekali gus mencipta satu lagi pencapaian bermakna dalam hidupnya.

“Ayah 5 Anak, Umur 55 Tahun…” Eizlan Yusof Raih Ijazah Sarjana, Isteri Luah Rasa Bangga

Isteri Eizlan Yusof Luah Rasa Bangga

Kejayaan Eizlan turut mengundang rasa bangga isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berkongsi detik istimewa tersebut menerusi media sosial.

Ads

Natasha turut menitipkan ucapan tahniah buat suami tercinta sambil meluahkan rasa syukur apabila segala usaha keras dan kesabarannya akhirnya membuahkan hasil.

“Hard work finally paid off,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Sambung Pengajian Dalam Bidang Pengurusan

Untuk rekod, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Mat Yusof mengikuti pengajian secara mod penyelidikan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), UUM.

Dalam kesibukan kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, kejayaan ini memperlihatkan kesungguhannya untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan.

Ads

Eizlan dan Natasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan dua anak perempuan. Beliau turut mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

Sesungguhnya, kejayaan Eizlan menjadi inspirasi buat ibu bapa bahawa usia dan tanggungjawab berkeluarga bukan penghalang untuk menyambung pelajaran.

Ads

Tahniah Datuk Seri Eizlan Yusof! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat mereka yang masih menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian.

BACA SINI : Eizlan Yusof Sambut Anak Kelima Usia 54 Tahun, Luah Syukur “Terima Kasih Isteri”

Sumber: IG Eizlan Yusof

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Siang Bekerja, Hujung Minggu Belajar…” Ibu Tunggal 4 Anak Akhirnya Genggam...

Ibu tunggal empat anak, Nur Aidilla berjaya menggenggam ijazah UTM selepas lima tahun bekerja sambil belajar. Kisah pengorbanannya cukup menyentuh hati.