Ads

Muhammad Hafizuddin Roslin Hilang Tangan, Ujian Tragis Atlet Negara

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, 22, berdepan ujian paling getir apabila tangan kanannya terpaksa dipotong susulan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

Lebih memilukan, keputusan sukar itu dibuat atas saranan doktor bagi menyelamatkan nyawanya.

Berita yang menimpa Muhammad Hafizuddin Roslin pastinya cukup menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila atlet muda ini sebelum ini dikenali dengan pencapaiannya dalam sukan angkat berat dan pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Muhammad Hafizuddin Roslin Jalani Pembedahan Hampir Tujuh Jam

Memetik laporan Sukan Sinar, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mengesahkan Hafizuddin selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 8.40 malam Selasa selepas hampir tujuh jam.

Muhammad Hafizuddin Roslin Hilang Tangan, Ujian Tragis Atlet Negara

Ads

Menurutnya, setakat awal pagi Rabu, atlet berkenaan masih berada di bawah kesan bius dan belum sedarkan diri.

“Setakat selepas jam 4.30 pagi tadi, beliau masih belum sedar dan mungkin akan mengambil sedikit masa, berkemungkinan pada pagi ini (untuk sedar),” katanya.

PABM, MSN Beri Sokongan Moral

Ayub memaklumkan PABM bersama Majlis Sukan Negara (MSN) turut memberikan sokongan moral kepada Hafizuddin dan keluarganya, termasuk mempertimbangkan keperluan kaunseling serta sokongan psikologi.

“Kita juga sudah berbincang mengenai keperluan menyediakan kaunseling dan sokongan moral kerana kita faham keadaan ini bukan mudah untuk diterima,” jelasnya.

Ads

Terdahulu, Hafizuddin dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kaki, bahu dan kepala.

Pernah Raih Emas Sukan Komanwel 2026

Untuk rekod, Hafizuddin pernah mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Ads

Beliau mencatatkan jumlah angkatan 345 kilogram, sekali gus mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara snatch serta rekod temasya bagi kategori berkenaan.

Dulu gagah mengangkat beban demi negara, kini Hafizuddin perlu berdepan ujian yang jauh lebih besar dalam hidupnya.

Semoga atlet muda ini terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan serta pemulihannya.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Black Hanifah

Black Hanifah Bangga! Bakat Hebat Dayyan Dalam Bola Sepak ...

Black Hanifah bangga melihat bakat bola sepak anaknya, Dayyan, menyerlah hingga ke Sepanyol dan tidak menolak peluang menghantarnya ke sekolah sukan.