Ads

“Bukan Sekadar Tawan Puncak!” Dr Zulkifli Hasan Letak Penanda Arah Kiblat Di Gunung Kinabalu

Bukan mudah untuk menawan puncak Gunung Kinabalu, apatah lagi perlu berdepan suhu sejuk, laluan berbatu dan pendakian curam yang menguji ketahanan fizikal serta mental.

Namun, cabaran itu berjaya ditempuhi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan bersama pasukan agensi agama apabila mereka selamat tiba di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

Lebih menarik, misi pendakian Gunung Kinabalu tersebut bukan sekadar mencipta kenangan, malah turut membawa manfaat kepada pendaki Muslim apabila beberapa penanda arah kiblat disediakan di sepanjang laluan pendakian.

Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Zulkifli meluahkan rasa syukur apabila beliau bersama pasukan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjaya menamatkan pendakian dengan izin Allah SWT.

“Bukan Sekadar Tawan Puncak!” Dr Zulkifli Hasan Letak Penanda Arah Kiblat Di Gunung Kinabalu

Menurutnya, perjalanan itu penuh cabaran apabila mereka terpaksa mengharungi suhu sejuk pada waktu malam selain melalui laluan berbatu dan curam.

Ads

Bagaimanapun, pengalaman berada di puncak Gunung Kinabalu memberi peluang kepadanya untuk menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT, sekali gus menyedari betapa kerdilnya manusia di sisi Pencipta.

Penanda Arah Kiblat Mudahkan Pendaki Muslim

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa beberapa penanda arah kiblat turut ditempatkan di lokasi hentian rehat sepanjang laluan pendakian.

Menariknya, penanda arah kiblat berkenaan telah disemak dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah bagi memastikan ketepatan arah solat.

Ads

Inisiatif tersebut pastinya memudahkan pendaki Muslim menunaikan kewajipan solat meskipun berada di kawasan pergunungan yang mencabar.

Turut Santuni Malim Gunung

Selain aktiviti pendakian, program berkenaan turut diisi dengan sesi ramah mesra bersama malim gunung di Kinabalu Park.

Sumbangan turut disampaikan sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan komitmen mereka dalam membantu serta memastikan keselamatan pendaki.

Ads

Sesungguhnya, kejayaan menawan puncak bukan sekadar tentang kekuatan fizikal, tetapi juga nilai kesabaran, kerjasama dan usaha memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga inisiatif penyediaan penanda arah kiblat ini terus memberi kemudahan kepada pendaki Muslim yang ingin menunaikan ibadah ketika berada di Gunung Kinabalu.

BACA LAGI : Terbalikkan Tangan Ketika Berdoa Di Majlis Nikah Syed Saddiq & Bella Astillah, Ini Penjelasan Penting Dr Zulkifli

Sumber: Facebook JAKIM & YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Bukan Sehari Dua Kami Menunggu…” Achey Sujud Syukur, Isteri Hamil Selepas...

Achey Anne hamil selepas 15 tahun menanti cahaya mata. Pelawak itu meluahkan rasa syukur dan berkongsi berita gembira penuh emosi di Instagram.