Ads

“Darjah 6 Dah Konvo Macam Degree!” Che Ta Terhibur, Titip Doa Panjang Usia Lihat Aaisyah Membesar

Che Ta

Pejam celik, anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, kini sudah menamatkan Tahun 6. Detik bermakna itu diraikan dalam sebuah majlis graduasi yang turut mencuri perhatian ibunya.

Menerusi perkongsian di Threads, personaliti yang dikenali dengan nama panggilan Che Ta itu memuat naik beberapa keping foto Aaisyah yang kelihatan anggun mengenakan jubah dan topi konvokesyen sambil memegang sejambak bunga yang besar.

Menariknya, pelakon itu sempat berseloroh mengenai kemeriahan majlis graduasi murid sekolah rendah zaman sekarang yang disifatkannya sudah seperti konvokesyen di universiti.

Che Ta

Che Ta Terhibur, Darjah 6 Dah Konvo Macam Degree

Che Ta secara berseloroh membandingkan zaman persekolahannya dahulu dengan generasi sekarang yang sudah berpeluang mengenakan jubah konvokesyen seawal sekolah rendah.

“Time kami dulu, tk masuk U mmg tk merasa laaaa pakai jubah2 convo ni. Zaman laaaaa, darjah 6 dh convo mcm degree,” tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Dalam nada ceria, Che Ta turut mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya itu kerana berjaya menamatkan persekolahan Tahun 6.

“Congratulations sayang @aaisyahdhiarana111 dah complete Year 6,” tulisnya lagi.

Menerusi rakaman majlis yang dikongsikan, turut kelihatan nama Sri KDU Schools Kota Damansara pada latar pentas graduasi berkenaan.

Ads

Di sebalik gurauan tersebut, satu lagi perkongsian Che Ta menyentuh hati apabila dia meluahkan betapa pantasnya masa berlalu melihat Aaisyah semakin membesar.

Bagi seorang ibu, seolah-olah baru semalam anak kecilnya mula bersekolah, namun kini sudah hampir melangkah ke alam persekolahan menengah.

“Sat ja dh Year 6, pejam celik pejam celik, dh nk nak habih sekolah,” luahnya menerusi satu lagi perkongsian.

Che Ta

Che Ta Titip Doa, Mahu Lihat Aaisyah Membesar Depan Mata

Lebih menyentuh hati, Che Ta turut menitipkan doa agar Allah SWT memanjangkan usianya supaya dapat terus menyaksikan Aaisyah membesar di depan mata, sebagaimana dua anak lelakinya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Ads

“Semoga Allah panjangkan usia mummy buleh tgk @aaisyahdhiarana111 membesaq depan mata mummy mcm @ammareffendy & @aniqezra. Amin,” tulis Che Ta penuh pengharapan.

Luahan ringkas itu cukup menggambarkan perasaan seorang ibu yang mahu terus berada di sisi anak-anak dan menyaksikan setiap fasa penting dalam kehidupan mereka.

Menerusi perkongsian berkenaan, Che Ta juga dilihat hadir dengan penampilan elegan sambil membawa sejambak bunga untuk meraikan hari istimewa Aaisyah.

Sesungguhnya, masa berlalu begitu pantas. Anak yang dahulunya kecil kini semakin membesar dan bakal ke fasa kehidupan yang lain.

Ads

Semoga Aaisyah terus cemerlang dalam pelajaran dan membesar menjadi anak yang membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

 

BACA LAGI: “Dulu Orang Persoal Bersalin Usia 42 Tahun…” Che Ta Syukur Aaisyah Kini Genap 12 Tahun

Sumber: Threads @rozitachewan1

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dari Bujang Terus Jadi Ayah 5 Anak…” Zaqkhwan Tak Pernah Menyesal...

Bapa tiri anak autistik, Zaqkhwan sanggup bekerja tiga pekerjaan demi tujuh anak. Kisah pengorbanannya selepas lebih 10 tahun bersama keluarga.