Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu lipas semakin berkeliaran di rumah dan tandas mereka.
Malah habis kotak-kotak kasut dan kotak simpan barang di dalam stor dimakan oleh lipas. Telur-telur lipas pula semakin banyak terutamanya di tempat yang jarang dibuka.
Sudah pelbagai cara dilakukan, namun lipas-lipas ini masih ada berkeliaran malah berterbangan di dalam rumah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Nah! Cuba petua ini. Ianya telah dikongsikan oleh Iza Abu Bakar yang telah mengamalkan cara ini sejak bertahun lamanya.
Paling menarik, ianya hanya menggunakan 2 bahan yang selalu berada di dapur anda.
Ads
CARA CARANYA :
Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan ini dalam satu bekas. Gaul sebati.
BAHAN BAHAN :
* 1 sudu makan gula
* 1 sudu makan baking soda
Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas.
Ads
Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.
NOTA PETUA : Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.
Anak mana yang sanggup melihat ibu yang dikasihi ditimpa kesusahan. Jika selama ini, ibulah yang melindungi kita, namun sekiranya melihat ibu ditimpa kesusahan atau keperitan pasti anak akan tampil untuk melindungi.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang payung untuk melindungi ibunya dari terkena hujan sewaktu sedang solat terawih.
Momen yang menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok @n0tyourhabibtii dan mendapat reaksi positif dari netizen. Ramai yang tersentuh melihat kesungguhan kanak-kanak ini memayungi ibunya agar tidak dibasahi oleh hujan.
“Dengan berhati-hati, dia mengikut gerakan ibunya bersolat demi memastikan ibunya tidak basah. Murni sungguh hatinya.” – Netizen
Dalam video itu tersebut turut kelihatan jemaah lain dibasahi hujan ketika menunaikan solat terawih di luar masjid sehingga lencun.
Dalam kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina, industri hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan amukan dari penyanyi yang terkenal dengan panggilan Mummy, siapa lagi kalau bukan Mas Idayu dalam sebuah rancangan hiburan yang menampilkan peserta yang mempunyai talian kekeluargaan bergabung untuk merebut hadiah yang ditawarkan di samping mencabar diri dari setiap cabaran yang diberikan.
Minggu lepas, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang berbaur amarah dari Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri bagi rancangan itu.
Komen yang diberikan mungkin kedengaran sangat beremosi namun penuh dengan nasihat, umpama ‘Ibu Marahkan Anak’ yang berulang kali melakukan kesilapan yang sama.
Terkesan dengan komen yang diterima, penyanyi Sissy Iman yang merupakan peserta program tersebut kelihatan sangat tersentap dan dilihat tidak mampu menahan airmata sewaktu berada di pentas.
Malah perkara itu berlarutan apabila Sissy dilihat tidak tampil di akhir rancangan tersebut dan rentetan dari itu Sissy Iman telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya seolah tidak mahu meneruskan karier nyanyian.
Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.
Terbaharu pasangan Sissy Iman dalam rancangan tersebut yang juga merupakan sepupunya iaitu Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan yang bersisa dua minggu sahaja lagi.
Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.
Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.
Tak mengapa, saya ada.
Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.
Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
Tak mengapa, saya ada.
Semoga Sissy Iman terus kuat dan menganggap semua yang berlaku ini satu cabaran buatnya.
Kalah atau menang adalah adat bertanding, yang penting adalah ilmu yang diberikan oleh para juri serta pengalaman yang pasti akan mengajarnya sesuatu yang berharga.
Di bulan puasa selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga di minta untuk banyakkan bersabar melawan hawa nafsu.
Semalam, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada sebuah keluarga yang menetap di Kajang.
Hanya kerana menegur anaknya yang membaca doa makan dengan terlalu laju ketika berbuka puasa, seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan dalam kejadian yang berlaku di rkediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 34 tahun.
Anak mangsa yang marahkan bapanya kerana menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu menikmati juadah berbuka puasa di rumah mereka.
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.”
Tambah Mohd Zaid, tangkapan dibuat ke atas suspek dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian itu.
Difahamkan kes ini masih di dalam siasatan. Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini hubungan sesama keluarga akan semakin rapat dan utuh. Segala persengketaan kekeluargaan dapat terlerai.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.