Ads

“Tak Mampu Bagi Duit Belanja Banyak…” Ibu 12 Anak Bangga, Ada Jadi Doktor & Jurutera

Ibu 12 anak bukan mudah membesarkan keluarga dalam serba sederhana, apatah lagi hanya bergantung kepada pendapatan suami seorang. Namun, segala penat lelah dan pengorbanan akhirnya terbayar apabila melihat anak-anak berjaya membina kehidupan masing-masing.

Itulah kebahagiaan yang dirasai Siti Fatimah Salleh, 67, apabila 11 daripada 12 anaknya kini sudah bekerja dalam pelbagai bidang termasuk doktor, jurutera, guru, anggota bomba, pencipta kandungan dan mekanik.

Malah, anak bongsunya, Abdul Rasheed Tayyeeb Nawawi, 23, turut bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Saya tak belajar tinggi kerana berkahwin awal jadi bangga apabila tengok anak berjaya dalam pelajaran hingga dapat kerja bagus walaupun kami bukan datang daripada keluarga senang.”

Arwah Suami Tegas Soal Pelajaran Anak

Memetik laporan Harian Metro, Siti Fatimah yang menetap di Kampung Pauh Panji, Kota Bharu berkata, kejayaan anak-anak turut berkat didikan Allahyarham suaminya, Nawawi Mat Daud yang meninggal dunia pada 2019 akibat angin ahmar.

“Tak Mampu Bagi Duit Belanja Banyak…” Ibu 12 Anak Bangga, Ada Jadi Doktor & Jurutera
SITI Fatimah bersama zuriat kebanggaannya. FOTO IHSAN SITI ASMAH NAWAWI

Menurutnya, arwah yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam sangat mementingkan pelajaran dan mahu semua anak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Bukan mudah nak besarkan anak dan waktu mereka bersekolah, tak dapat nak bagi duit belanja banyak kerana suami bekerja seorang.

“Kami pun tak ajar anak hidup bermewah sebaliknya kena pandai berjimat. Anak nampak kepayahan itu namun tetap belajar bersungguh-sungguh hingga ada di mana mereka berada sekarang.”

Ibu 12 Anak Ambil Lesen Memandu Usia 50 Tahun Demi Keluarga

Sementara itu, anak kelimanya, Siti Asmah Nawawi, 43, yang kini bergelar guru agama mengakui pengorbanan ibu dan arwah bapanya terlalu besar untuk dibalas.

Ads

Lebih menyentuh hati, ketika bapanya terlantar sakit pada 2005, ibunya sanggup mengambil lesen memandu pada usia 50 tahun bagi memudahkan urusan rawatan suami di hospital serta keperluan anak-anak yang masih belajar.

Keputusan tersebut memperlihatkan betapa besarnya tanggungjawab yang dipikul seorang ibu apabila perlu menguruskan keluarga, menjaga suami yang sakit dan memastikan keperluan anak-anak tidak terabai.

Malah, salah seorang adiknya berjaya bergelar doktor demi menunaikan permintaan terakhir arwah bapa, namun Allahyarham meninggal dunia ketika anak berkenaan berada pada tahun akhir pengajian.

Walaupun tidak sempat menyaksikan sendiri anak berkenaan menamatkan pengajian, hasrat arwah untuk melihat anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan tetap menjadi kenyataan.

Ads

“Biarlah Anak-Anak Terus Berjaya, Jangan Ada Dengki”

Bagi Siti Fatimah, dia tidak pernah mengharapkan balasan daripada anak-anak. Sebaliknya, hanya mahu mereka terus berjaya, hidup harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.

“Saya pun tak tahu akan hidup sampai bila jadi berharap semoga hubungan baik anak berpanjangan, selalu tolong menolong sesama adik beradik.”

Harapan ibu 12 anak ini bukan sekadar melihat mereka mempunyai pekerjaan yang baik, tetapi juga memastikan hubungan kekeluargaan terus erat walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Baginya, kejayaan yang dikecapi tidak seharusnya menjadi punca perasaan dengki atau perselisihan sesama adik-beradik. Sebaliknya, mereka diharapkan terus menyokong dan membantu antara satu sama lain.

Kini, anak-anaknya pula berganding bahu menjaga kebajikan dan membahagiakan ibu tercinta.

Ads

“Kini, giliran kami adik beradik pula untuk membahagiakan emak selagi hayat dikandung badan,” kata Siti Asmah.

Perjalanan hidup keluarga ini menjadi contoh bahawa kesederhanaan bukan penghalang untuk anak-anak mencapai kejayaan. Apa yang lebih penting ialah didikan, kesungguhan dan sokongan keluarga yang berterusan.

Di sebalik kejayaan 11 anak yang sudah bekerja dan seorang lagi yang bakal menyambung pengajian, tersimpan kisah pengorbanan ibu bapa yang sentiasa mengutamakan masa depan keluarga.

Sesungguhnya, kejayaan anak-anak bukan hanya terletak pada pangkat atau pekerjaan, tetapi juga pada doa, kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah mengenal erti penat.

BACA LAGI : “Doa Ibu Sentiasa Iringi Isabella” Baru 14 Tahun, Anak Serina Bangga Sarung Jersi Malaysia

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“No More Hans Bila Nak Kahwin!” Hans Isaac Akhirnya Bertunang Dengan...

Hans Isaac bertunang dengan Francisca Luhong James pada usia 55 tahun. Pelakon itu menyifatkan lamaran terhadap ratu cantik berkenaan keputusan terbaik.