Ads

“Hati Paling Lembut, Anak Paling Baik…” Rita Rudaini Kenang Kebaikan Arwah Abang

“Kenapa tinggalkan orang? Kenapa tak tunggu orang sampai dulu?” Luahan pilu pelakon Rita Rudaini ketika mengenang pemergian abang tersayang, Allahyarham Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, cukup meruntun hati.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah abangnya yang disifatkan sebagai seorang insan berhati lembut, penyayang dan sentiasa mendengar kata ibu mereka.

“I miss you. Kenapa tinggalkan orang? Kenapa tak tunggu orang sampai dulu?

“Awak abang orang paling baik, hati paling lembut. Dengar cakap mama, berbanding orang yang suka menjawab.

“Awak anak paling baik, tak suka susahkan kami.”

“Orang Bangga Ada Abang Macam Kau” – Rita Rudaini

Lebih menyentuh hati, Rita turut mengenang sikap arwah yang sentiasa ada ketika diperlukan, malah menyayangi dan menjaga anak-anaknya seperti anak sendiri tanpa pernah membezakan kasih sayang.

Ads

“Kau ada bila orang perlu. Kau layan dan jaga anak-anak orang macam anak kau sendiri. Kau tak pernah pilih kasih.

“Orang bangga ada abang macam kau.

“Selamat jalan ke negara abadi. Selamat pulang kepada kekasih abadi. Orang rindu kau sangat-sangat.”

 

View on Threads

 

Terdahulu, Allahyarham Ahmad Musyaiful dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi ketika berusia 51 tahun akibat serangan jantung.

Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang meninggalkan kerinduan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Biarpun telah pergi buat selama-lamanya, segala kebaikan dan kasih sayang arwah pasti terus terpahat dalam ingatan keluarga.

Ads

Salam takziah buat Rita Rudaini sekeluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ads

Al-Fatihah.

BACA LAGI : Rita Rudaini Jaga Pemakanan Anak Ketika Peperiksaan, ‘Tenaga, Fokus & Minda Sangat Penting

Sumber :  Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Abang Derma Buah Pinggang Kepada Adik Kembar, Pengorbanan Luar Biasa Undang...

Abang derma buah pinggang kepada adik kembar selepas dua tahun menderita penyakit buah pinggang. Pengorbanan luar biasa ini cukup menyentuh hati.