Ads

Dr. Sarah Jukaku, Isteri Hebat & Pakar Psikiatri Berjaya, Inspirasi Rumah Tangga Bahagia!

Di sebalik kejayaan seorang suami, ada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan. Begitulah kisah Dr. Sarah Jukaku, wanita hebat yang mencuri perhatian menerusi sokongannya terhadap suami, Abdulrahman Mohamed El-Sayed, seorang tokoh politik Muslim di Amerika Syarikat (AS).

Namun, Sarah bukan sekadar isteri kepada tokoh politik. Beliau sendiri merupakan seorang pakar psikiatri berpendidikan tinggi, isteri penyayang dan ibu kepada dua cahaya mata yang sentiasa mengutamakan nilai kekeluargaan.

Di sebalik perjalanan hidup pasangan ini, terselit kisah sokongan, pengorbanan dan persefahaman yang boleh dijadikan inspirasi buat suami isteri dalam membina kehidupan bersama.

Dr. Sarah Jukaku, Isteri Hebat & Pakar Psikiatri Berjaya, Inspirasi Rumah Tangga Bahagia!
SARAH wanita kelahiran AS dan berdarah keturunan India telah menjadi pilihan hati Abdul untuk dijadikan isteri.- AFP

Isteri Hebat Sentiasa Menjadi Penyokong Suami

Walaupun suaminya aktif dalam arena politik sejak 2015, Sarah lebih selesa berada di belakang tabir dan menjalani kehidupan sederhana bersama keluarga.

Bagaimanapun, kemunculannya ketika berucap di hadapan penyokong Abdul di Michigan baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Tampil tenang dan yakin dengan identiti Muslimah berhijab, Sarah meluahkan rasa bangga terhadap suaminya yang disifatkan sebagai seorang lelaki istimewa.

Beliau turut memberikan sokongan moral sepanjang kempen pilihan raya sehingga Abdul berjaya memenangi kerusi Senat Michigan pada 3 November 2026.

Dr. Sarah Jukaku, Isteri Hebat & Pakar Psikiatri Berjaya, Inspirasi Rumah Tangga Bahagia!
SARAH selesa sekadar berada di belakang suaminya tanpa merebut sorotan media.- AFP

Bukan Calang-Calang, Sarah Rupanya Pakar Psikiatri!

Menariknya, Sarah mempunyai pencapaian akademik yang cukup membanggakan.

Ads

Dilahirkan dan dibesarkan di Michigan dalam keluarga Muslim berketurunan India, beliau melanjutkan pengajian di University of Michigan sebelum menyambung pengajian peringkat sarjana di University of Oxford, United Kingdom.

Sarah kemudiannya memperoleh ijazah Doktor Perubatan daripada Columbia University pada 2015 dan menjalani latihan kepakaran dalam bidang psikiatri.

Beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan dalam perkhidmatan psikiatri di University of Michigan sebelum membuka klinik persendirian, Mind Work Psychiatry di Ann Arbor.

Walaupun sibuk membina kerjaya sendiri, Sarah tetap memberikan sokongan kepada perjalanan politik suaminya.

Ads
Dr. Sarah Jukaku, Isteri Hebat & Pakar Psikiatri Berjaya, Inspirasi Rumah Tangga Bahagia!
Sarah dan Abdul bersama dua cahaya mata perempuan mereka yang menjalani kehidupan privasi.

Kahwin Usia 19 Tahun, Kini Bahagia Dengan Dua Anak

Kisah cinta Sarah dan Abdul bermula ketika kedua-duanya menuntut di University of Michigan dan aktif dalam persatuan pelajar Islam.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2006 ketika Sarah baru berusia 19 tahun.

Hampir dua dekad melayari bahtera perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Emmalee dan Serene.

Meskipun suaminya semakin dikenali di pentas antarabangsa, Sarah memilih untuk menjaga privasi keluarga dan memberikan ruang kepada anak-anak membesar jauh daripada perhatian umum.

Ads

Hubungan pasangan ini memperlihatkan bagaimana suami isteri boleh saling menyokong impian masing-masing tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Inspirasi Buat Suami Isteri, Sama-Sama Membina Kejayaan

Kisah Sarah dan Abdul memberikan inspirasi bahawa kejayaan dalam rumah tangga bukan hanya diukur melalui pencapaian seorang suami atau isteri.

Sebaliknya, sokongan, persefahaman dan rasa hormat terhadap cita-cita pasangan menjadi antara perkara penting dalam membina hubungan yang harmoni.

Sarah membuktikan bahawa seorang wanita mampu memiliki kerjaya profesional, menjadi ibu dan isteri serta tetap teguh dengan prinsip hidupnya.

Kerana rumah tangga yang bahagia bukan tentang siapa lebih berjaya, tetapi bagaimana suami isteri saling menguatkan dan meraikan kejayaan bersama.

BACA LAGI : Bila Isteri Hebat Dan Pandai Berdikari, Suami Kena Hargai, Bukan Ambil Kesempatan.

Sumber : Kosmo! (13 November 2026) , Associated Press

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Anwar Ibrahim Kini Tokoh Muslim Ke-13 Paling Berpengaruh Di Dunia

Anwar Ibrahim tersenarai di tangga ke-13 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia 2027 menerusi The Muslim 500, mengiktiraf pengaruh kepimpinan Malaysia.