Ads

Pesanan Ziana Zain Buat Anak Lelaki, Tegas Jangan Sesekali Kasari Wanita

Penyanyi terkenal, Datuk Ziana Zain menitipkan pesanan penuh makna buat anak-anak lelakinya supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan tanggungjawab sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sebagai ibu kepada empat cahaya mata, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, cukup menitikberatkan soal adab, akhlak dan tanggungjawab anak lelaki terhadap wanita.

Memetik laporan SinarPlus, penyanyi yang mesra disapa Kak Gee itu menegaskan bahawa lelaki perlu bersedia dari segi ilmu agama, kewangan dan pengetahuan rumah tangga sebelum bergelar suami.

Pesanan Ziana Zain Buat Anak Lelaki, Tegas Jangan Sesekali Kasari Wanita

Pesanan Ziana Zain buat anak lelaki ini bukan sekadar menyentuh soal persediaan untuk berkahwin, malah turut memberi penekanan terhadap pentingnya membentuk keperibadian lelaki yang matang, bertanggungjawab dan tahu menghormati wanita dalam kehidupan berkeluarga.

Ads

Pesanan Ziana Zain Buat Anak Lelaki: “Jangan Sekali-Kali Angkat Tangan Terhadap Wanita”

Menurut Ziana, antara perkara utama yang sentiasa ditekankan kepada anak-anak lelakinya adalah menjaga maruah wanita, menjaga tutur kata agar tidak melukakan hati pasangan serta menjauhi sebarang bentuk kekerasan.

Pesanan Ziana Zain Buat Anak Lelaki, Tegas Jangan Sesekali Kasari Wanita

Baginya, tanggungjawab suami bukan sekadar menyediakan nafkah, malah perlu membantu menguruskan rumah tangga dan tidak menyerahkan semua urusan kepada isteri.

Ads

Ziana turut mengingatkan anak-anak supaya tidak terburu-buru berkahwin sekiranya belum mempunyai kemampuan untuk menyara keluarga.

Lengkapkan Ilmu Sebelum Berkahwin

Pelantun lagu Madah Berhelah itu mahu anak-anaknya mengutamakan pelajaran, membina kerjaya dan mencapai kestabilan kewangan sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Beliau juga percaya bahawa pendekatan mendidik anak perlu berubah mengikut peredaran zaman. Ibu bapa bukan sekadar memberi arahan, sebaliknya perlu menjelaskan sebab sesuatu nasihat atau larangan diberikan.

Ads

Bagi Ziana, walaupun anak-anak semakin dewasa, tanggungjawab seorang ibu untuk menegur dan membimbing mereka tetap berterusan.

Pesanan Ziana ini wajar dijadikan peringatan buat ibu bapa. Anak lelaki bukan sahaja perlu dididik untuk berjaya dalam kehidupan, tetapi juga dibentuk menjadi lelaki yang menghormati wanita, memahami tanggungjawab dan mampu membahagiakan keluarga apabila bergelar suami kelak.

BACA LAGI : Ziana Zain Pilih Petua Tradisional Jaga Kecantikan Diri, Awet Muda Walau Usia Sudah 55 Tahun

Sumber: SinarPlus

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Sudah Ada 14 Cucu, Masih Gigih Belajar…” Datuk Usia 58 Tahun...

Megat Tan berjaya menggenggam sijil TVET pada usia 58 tahun. Kisah inspirasi datuk 14 cucu ini membuktikan usia bukan penghalang menuntut ilmu.