Ads

“Sudah Ada 14 Cucu, Masih Gigih Belajar…” Datuk Usia 58 Tahun Bangga Genggam Skrol TVET

Megat Tan membuktikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu apabila berjaya menggenggam sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada usia 58 tahun, meskipun sudah mempunyai 12 anak dan 14 cucu.

Usia sudah mencecah 58 tahun, mempunyai 12 anak dan 14 cucu, namun semua itu bukan penghalang buat seorang datuk untuk terus menuntut ilmu sehingga berjaya menggenggam skrol konvokesyen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kejayaan Megat Mat Akhir Megat Mohamad atau dikenali sebagai Megat Tan cukup membanggakan, sekali gus membuktikan usia bukan alasan untuk berhenti belajar.

Menurut Harian Metro, jurusolek berpengalaman lebih 40 tahun itu antara graduan di bawah Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA) yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Seni Solekan pada majlis konvokesyen di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Sudah Ada 14 Cucu, Masih Gigih Belajar…” Datuk Usia 58 Tahun Bangga Genggam Skrol TVET
Gambar Mohd Fadli Hamzah: Jurusolek, Megat Mat Akhir Megat Mohamad bergambar selepas menerima sijil SKM dalam Seni Solekan ketika Majlis Konvokesyen TVET di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Bangga Dapat Berdiri Sebaris Dengan Graduan Muda

Berkongsi perasaannya, Megat Tan mengakui cukup terharu apabila berpeluang menerima skrol bersama graduan yang jauh lebih muda.

Ads

“Perasaan saya bercampur baur hari ini tapi lebih kepada bangga kerana dapat berdiri sebaris dengan graduan lain yang lebih muda.

“Ia membuktikan usia bukan penghalang untuk mencapai kejayaan walaupun umur saya sudah melebihi separuh abad,” katanya.

Walaupun sudah lebih empat dekad berkecimpung dalam bidang andaman dan tatarias pengantin lelaki, Megat Tan tetap menyambung pengajian bagi memperkukuh kemahiran serta mendapatkan pengiktirafan profesional.

Tak Malu Belajar Bersama Orang Muda

Mengimbas cabaran sepanjang pengajian, bapa kepada 12 anak itu mengakui bukan mudah membahagikan masa antara pekerjaan, keluarga dan tugasan pembelajaran.

Ads

Malah, dia pernah berasa kekok apabila kembali ke kelas bersama pelajar yang jauh lebih muda. Namun, sokongan keluarga menjadi sumber kekuatannya untuk terus berusaha.

“Saya selalu ingatkan diri sendiri, jangan biarkan ego menghalang kita daripada menuntut ilmu,” katanya.

Tidak mahu kejayaannya terhenti di situ, Megat Tan kini menyimpan impian untuk menjadi tenaga pengajar, membuka akademi seni tatarias pengantin lelaki serta menghasilkan produk solekan sendiri.

Ads

“Saya percaya, kita mungkin semakin berusia tetapi jangan biarkan semangat untuk menuntut ilmu turut menjadi tua,” katanya.

Kisah datuk kepada 14 cucu ini cukup memberi inspirasi. Sesungguhnya, selagi ada kemahuan dan usaha, tidak pernah terlambat untuk mengejar impian.

BACA LAGI : Dibesarkan Datuk Nenek Dalam Serba Kekurangan, Atiqah Raih PNGK 4.0 & Tajaan Penuh USM

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

pneumonia

Hari Pneumonia Sedunia: Batuk, Demam & Sesak Nafas? Kenali Tanda Pneumonia!

Pneumonia boleh menyebabkan komplikasi serius. Kenali 7 tanda bahaya, golongan berisiko serta langkah pencegahan dan rawatan awal yang penting.