Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain sering menjadi perhatian ramai setiap kali kemunculannya. Lahir pada 2 Mei 1968, Ziana kini meniti usia 55 tahun. Namun jika dilihat dari segi aura wajahnya langsung tidak menampakkan usia sebenarnya.

Bukan saja sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah. Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.

Ziana Zain Pilih Petua Tradisional Jaga Kecantikan Diri, Awet Muda Walau Usia Sudah 55 Tahun

Ziana Zain Pilih Petua Tradisional Jaga Kecantikan Diri

Ziana pernah berkongsi rahsia kecantikannya yang lebih senang memilih petua tradisional untuk menjaga penampilannya. Antaranya yang dikongsi oleh Ziana ialah:

1. Amalkan jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi
Selalu amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, akan ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti.
Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.

2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Akan lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.

IKLAN

Ziana Zain Pilih Petua Tradisional Jaga Kecantikan Diri, Awet Muda Walau Usia Sudah 55 Tahun

3. Tak pernah sentuh ais
Salah satu petua lain pula ialah dia juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.

Awet Muda Walau Usia Sudah 55 Tahun

4. Bapa ajar cara untuk menjaga wajah
Ziana Zain juga menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Beliau amat berterima kasih kepada bapanya (yang dipanggil abah) yang selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Bab ini memang amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.

Ziana Zain Pilih Petua Tradisional Jaga Kecantikan Diri, Awet Muda Walau Usia Sudah 55 Tahun

IKLAN

5. Buat masker muka sendiri
Antara petua bapa Ziana yang sampai sekarang diingati ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.

6. Minyak kelapa sebagai minyak rambut. Untuk rambut pula, ujar Ziana, bapanya akan memasak minyak kelapa sendiri. Kemudian akan dicampurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan di bahagian kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.

Keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam The Malaysia Book of Records sebagai Artis Wanita Pertama Memenangi Pertandingan Antarabangsa.

IKLAN

Sumber: Rapi Gambar: Instagram Ziana Zain

Baca artikel lain berkaitan: Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan, Tak Pernah Tinggal Pakai Krim Pelindung Matahari

Hanya Makan Masakan Tanpa Bahan Pengawet, Antara Amalan Maya Karin Untuk Kecantikan Asli

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI