Ads

“Tak Semua Anak Mampu Luah Apa Dirasa…” ‘I’m Not Okay, Cikgu!’ Bongkar Realiti Emosi Remaja

Di sebalik ungkapan “Saya okay”, mungkin ada anak-anak yang sebenarnya sedang bergelut dengan tekanan emosi tanpa diketahui sesiapa. Realiti inilah yang diketengahkan menerusi siri mini vertikal terbaharu, I’m Not Okay, Cikgu!

Disokong oleh Yayasan Hasanah, siri ini mengangkat isu kesihatan mental remaja menerusi lima kisah berbeza yang mengajak golongan muda mengenali tekanan emosi, menyokong rakan sebaya dan berani mendapatkan bantuan.

Siri ini telah ditayangkan buat pertama kali di GSC, The Starling Mall pada 14 November 2026.

“Tak Semua Anak Mampu Luah Apa Dirasa…” ‘I’m Not Okay, Cikgu!’ Bongkar Realiti Emosi Remaja

Mira Filzah Antara Barisan Pelakon I’m Not Okay, Cikgu!

Berlatarbelakangkan sekolah fiksyen, Sekolah Integrasi Damai, siri ini menampilkan Mira Filzah, Waheeda Wassini, Mia Sara Shauki, Zul Zamir, Jun Vinh Teoh, Meer Nash dan Syafiqah A. Pohan, selain beberapa bakat muda.

Ads

Diterbitkan oleh Folklore Studio, naskhah ini ditulis dan diarahkan oleh Nell Hanan.

“Usia Muda Tidak Bermakna Masalah Itu Kecil”

Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Puan Siti Kamariah Ahmad Subki menegaskan bahawa tekanan emosi golongan muda tidak seharusnya dipandang ringan.

“Usia muda tidak bermakna masalah yang dihadapi itu kecil. Apa yang anda rasakan tetap penting, dan anda tidak perlu berpura-pura bahawa semuanya baik-baik sahaja sepanjang masa.”

Menurutnya, ibu bapa dan guru perlu lebih peka serta bersedia mendengar luahan anak-anak tanpa memperkecilkan perasaan mereka.

Ads

Mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, prevalens kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 16 hingga 19 tahun mencecah 7.9 peratus, tertinggi berbanding kumpulan umur lain.

“Tak Semua Anak Mampu Luah Apa Dirasa…” ‘I’m Not Okay, Cikgu!’ Bongkar Realiti Emosi Remaja

Ads

Boleh Ditonton Mulai 16 November

Siri I’m Not Okay, Cikgu! boleh ditonton menerusi Instagram rasmi @yayasan_hasanah dan @folklorestudioarts mulai 16 November 2026.

Turut menampilkan runut bunyi asli Peluk Diri Kecil Kita ciptaan Nabil Wahab, siri ini diharap membuka mata masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan emosi anak-anak.

Kadangkala, anak-anak bukan mahu dinasihati, tetapi cuma ingin didengar, difahami dan tidak dihakimi.

BACA LAGI : Kanak-Kanak Alami Masalah Kesihatan Mental Naik Dua Kali Ganda

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Hati Paling Lembut, Anak Paling Baik…” Rita Rudaini Kenang Kebaikan Arwah...

Rita Rudaini luah rasa pilu dan rindu selepas kehilangan abang tersayang akibat serangan jantung. Kata-kata terakhirnya cukup menyayat hati.