Ads

“No More Hans Bila Nak Kahwin!” Hans Isaac Akhirnya Bertunang Dengan Ratu Cantik!

Akhirnya bakal menamatkan zaman bujang! Pelakon dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac, 55, berkongsi berita gembira apabila mengumumkan pertunangannya dengan ratu cantik, Francisca Luhong James.

Berita Hans Isaac bertunang dengan wanita pilihan hatinya itu pastinya menjadi perkhabaran yang menggembirakan peminat, khususnya mereka yang selama ini sering bertanyakan soal perkahwinan aktor berkenaan.

“No More Hans Bila Nak Kahwin!” Hans Isaac Akhirnya Bertunang Dengan Ratu Cantik!

Perkhabaran bahagia itu dikongsikan Hans menerusi hantaran di Instagram pada Isnin (16 November 2026), lengkap dengan gambar cincin pertunangan yang mencuri perhatian ramai.

Hans Isaac Bertunang, Anggap Lamaran Keputusan Terbaik

Menerusi perkongsian tersebut, Hans meluahkan rasa syukur apabila wanita yang disifatkan sebagai ‘orang kegemarannya’ itu menerima lamaran untuk menjadi teman hidup.

Ads

Malah, aktor berkenaan menyifatkan keputusan melamar Francisca sebagai antara keputusan terbaik pernah dibuatnya.

Hans turut mendedahkan bakal isterinya mempunyai darah keturunan Kayan dan Iban, selain berseloroh bahawa Francisca kini ‘terpaksa’ bersamanya buat selama-lamanya selepas menerima lamaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Ads

Lebih mencuit hati, Hans sempat mengusik peminat yang sering bertanyakan soal perkahwinannya selama ini.

“No more… Hans bila nak kahwin?”

Bakal Isteri Bekas Miss Universe Malaysia 2020

Untuk rekod, Francisca merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak yang pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Model dan ratu cantik itu juga pernah mewakili negara pada pertandingan Miss Universe 2020.

Ads

Pengumuman tersebut turut mendapat perhatian rakan artis dan warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan ini.

Tahniah buat Hans dan Francisca! Semoga segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan dan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat

BACA LAGI : “Memang Sakit Sampai Saya Tak Larat…”- Hans Isaac Masuk Hospital, Jalani Pembedahan!

Sumber : IG hans

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Tak Semua Anak Mampu Luah Apa Dirasa…” ‘I’m Not Okay, Cikgu!’...

I'm Not Okay, Cikgu! tampil dengan Mira Filzah dalam siri menyentuh hati tentang tekanan emosi dan kesihatan mental remaja. Tonton mulai 16 November.