Timun mini bersaiz kecil dan sangat rangup dan manis dimakan. Sedap makan mentah-mentah. Selain enak dibuat ulam, ramai juga yang gemar menjadikan timun mini sebagai snek diet.
Rupa timun mini macam timun biasa tapi saiznya kecil. Bagi peminat ulam yang suka bercucuk tanam, timun mini ini antara yang sesuai ditanam sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam boleh cuba mengikut panduan Umi Watie.
PANDUAN TANAM TIMUN MINI
Timun mini (Cucumis satives) merupakan sejenis timun kecil yang semakin popular ditanam terutama di beberapa Negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan juga Terengganu semenjak sekian lama.
Bagaimana pun timun mini amat sesuai dimakan segar atau dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu dan dimakan terus begitu sahaja. Timun ini sama dengan timun biasa, daripada famili Cucurbitaceae yang ditanam dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan SUdah boleh kutip hasil.
- Hasil timun mini dari 3 pokok. Buah yang rangup dan manis sesuai untuk dibuat ulam. Cicah budu atau sambal belacan memang syok habis.
2. Ini pula benih yang digunakan. Boleh dibeli dikedai pertanian, pasar raya atau Shoppe.
3. Pokok timun ini ditanam dalam bekas polisterin. Satu polisterin tanam 3 pokok. Boleh gunakan iron mesh yang dibeli di kedai hardware sebagai pancang. Bekas polisterin perlu ditebuk dibahagian bawah.
4. Anak pokok timun mini di awal pertumbuhan. Anak timun, pokok timun sangat sukakan cahaya matahari. Sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam matahari penuh. Siraman air sebanyak 2 kali sehari.
5. Baja yang digunakan untuk pokok timun ini adalah tinja ayam, cuka kayu dan air rendaman kulit bawang. Kulit bawang sangat bagus untuk menguatkan akar pokok. Seawal dua minggu dah boleh siram dengan air rendaman kulit bawang pada anak pokok supaya akar kuat dan sihat.
6. Timun mini hanya berukuran 6 – 8 cm berwarna hijau muda dengan isi yang manis.
7. Nampak tak ada dua timun di situ. Kanan timun yang berjaya didebungakan dan menjadi putik buah.
Sebelah kiri pula adalah timun yang kecundang. Selalunya saya buang timun yang tak menjadi supaya pokok dapat fokus pada buah timun yang sihat dan kuat.
8. Ini adalah bunga jantan. Kebiasaannya pada awal pertumbuhan banyak bunga jantan yang keluar dulu. Jadi bila bunga betina keluar maknanya pokok telah bersedia untuk berbuah. Oleh itu, disyorkan tanam lebih dari sepokok supaya dapat memaksimakan pengeluaran bunga
9. Timun memang berduri. Bila duri dah tak berapa tajam maksud dah boleh dituai.
Sumber: Umi Watie