Ads

“Tak Sangka Itu Ciuman Terakhir…” Isteri Anggota Polis Maut Kemalangan Sebak Kenang Detik Sebelum Suami Keluar Kerja

Siapa sangka, ciuman terakhir suami, salam dan ucapan maaf sebelum keluar bekerja menjadi kenangan paling memilukan buat seorang isteri apabila suami tercinta pergi buat selama-lamanya.

Itulah detik paling memilukan buat Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, selepas kehilangan suaminya, Allahyarham Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menjalankan urusan tugas ke Melaka.

Lebih meruntun hati, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi lelaki, Muhammad Aqif Irsyad Muhammad Shahrul Alif, yang baru berusia lebih enam bulan.

Dalam sekelip mata, kehidupan keluarga kecil ini berubah apabila pertemuan seperti hari-hari biasa akhirnya menjadi perpisahan yang tidak pernah dijangka.

“Tak Sangka Itu Ciuman Terakhir…” Isteri Anggota Polis Maut Kemalangan Sebak Kenang Detik Sebelum Suami Keluar Kerja

Ciuman Terakhir Suami Sebelum Keluar Bekerja

Menurut Nor Ilyanie, dia dan suami sempat bersalaman, bercium serta bermaafan sebelum masing-masing keluar bekerja pada pagi kejadian.

Perkara itu sudah menjadi kebiasaan mereka setiap hari, namun tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa itulah detik terakhir bersama insan tersayang.

Nor Ilyanie yang bekerja sebagai eksekutif akaun di Jelapang, Ipoh, mengetahui mengenai kemalangan tersebut selepas menerima panggilan daripada rakan setugas suaminya.

Ads

Tidak lama kemudian, seorang pegawai polis menghubunginya bagi mengesahkan berita pemergian Allahyarham.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada April 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aqif Irsyad Muhammad Shahrul Alif, yang kini berusia lebih enam bulan.

“Dia Selalu Tanya Saya Dah Makan Atau Belum…”

Mengenang keperibadian suaminya, Nor Ilyanie menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan keluarga.

“Dia selalu menjaga saya, bertanya sama ada saya sudah makan dan bagaimana keadaan saya di pejabat. Saya pula selalu sakit belakang dan dia akan urut saya pada waktu malam.

Ads

“Dia juga seorang suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab serta tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawabnya,” luahnya.

Bukan sahaja penyayang terhadap isteri dan anak, Allahyarham turut dikenang sebagai seorang anak yang menghormati ibu bapa.

Malah, Allahyarham pernah mengambil keputusan menghentikan pengajian demi menjaga ibunya.

“Tak Sangka Itu Ciuman Terakhir…” Isteri Anggota Polis Maut Kemalangan Sebak Kenang Detik Sebelum Suami Keluar Kerja

Ads

Pergi Ketika Menjalankan Amanah

Allahyarham yang bertugas di Cawangan Pengangkutan, Batu Gajah merupakan antara 11 anggota polis yang dalam perjalanan ke Melaka bagi mengambil semula kenderaan yang dipinjamkan untuk kegunaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, perjalanan tersebut berakhir dengan tragedi apabila kemalangan yang berlaku mengorbankan Allahyarham, manakala empat anggota lain cedera parah dan enam lagi mengalami kecederaan ringan.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan untuk urusan pengebumian.

Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba bukan sesuatu yang mudah diterima, apatah lagi ketika anak masih kecil dan kehidupan berumah tangga baru bermula.

Semoga Nor Ilyanie terus diberikan kekuatan membesarkan cahaya mata mereka dan segala kenangan indah bersama Allahyarham menjadi pengubat rindu.

Al-Fatihah.

Sumber: Buletin TV3

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Bukan Sekadar Tawan Puncak!” Dr Zulkifli Hasan Letak Penanda Arah Kiblat...

Gunung Kinabalu berjaya ditawan Dr Zulkifli Hasan bersama pasukan agensi agama. Penanda arah kiblat turut disediakan untuk kemudahan pendaki Muslim.