
Penyanyi Black Hanifah meluahkan rasa bangga melihat anak lelakinya, Khaleef Dayyan, 11, semakin menyerlah dalam sukan bola sepak sehingga berpeluang bermain di luar negara, termasuk Sepanyol.
Menurut Black, Dayyan mula menunjukkan minat dalam sukan itu sejak kecil dan sudah meraih pelbagai pencapaian sejak berusia tujuh tahun.
Malah, bakat Dayyan turut mendapat perhatian jurulatih yang melihat potensinya untuk melangkah lebih jauh.

Black Tak Tolak Hantar Anak Ke Sekolah Sukan
Berkongsi perkembangan anaknya, Black memberitahu Dayyan dijadualkan menyertai program bola sepak di Brunei pada 20 November 2026 bersama kelab Harimau Olimpia.
Melihat kesungguhan Dayyan, Black tidak menolak kemungkinan menghantar anaknya ke sekolah sukan sekiranya mempunyai peluang.
Bagaimanapun, penyanyi itu tetap mengutamakan pendidikan anak-anak meskipun memberi sokongan penuh terhadap minat mereka.
“Pendidikan penting dan Alhamdulillah, pelajaran Dayyan serta adiknya, Rindu, juga bagus,” katanya ketika ditemu bual mStar.
Bagi Black, apa yang lebih penting adalah memastikan anak-anaknya dapat mengembangkan bakat tanpa mengabaikan pelajaran.
Semoga Dayyan terus berjaya dan membanggakan kedua-dua ibu bapanya!

BACA LAGI: Black Hanifah Rai 14 Tahun Perkahwinan, “Kita Dua Yang Hadap Macam-Macam Sama-Sama”
Sumber: mStar

