Pernah diejek ‘budak kaki tempang’, malah kerusinya ditarik sehingga terjatuh ketika di sekolah. Namun, pengalaman pahit itu tidak mematahkan semangat Yeow Ting Fong, 34, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) untuk mengejar kejayaan.
Lebih membanggakan, pemuda ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM) meskipun berdepan pelbagai cabaran sejak kecil.
Kejayaan Yeow menjadi kisah inspirasi buat masyarakat, khususnya individu kelainan upaya yang turut berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.
CEREBRAL Palsy tidak menghalang Yeow Ting Fong menggenggam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. FOTO Ihsan Yeow Ting Fong
Dibuli Sejak Kecil, Pernah Patah Semangat
Memetik Harian Metro, Yeow dilahirkan pramatang ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan, namun hanya didiagnosis dengan Cerebral Palsy pada usia 16 tahun.
Sejak sekolah rendah hingga Tingkatan Lima, dia sering menjadi mangsa ejekan dan buli disebabkan keadaan fizikalnya.
Ads
“Sejak di sekolah rendah lagi, saya diejek malah ada yang memanggil saya dengan gelaran budak kaki tempang.
“Ia berterusan selepas masuk sekolah menengah sampai Tingkatan Lima dan selain diejek, saya pernah ditolak serta ditarik kerusi ketika nak duduk hingga jatuh,” katanya.
GAMBAR kenangan Yeow Ting Fong (tengah) meraikan kejayaan merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang (Calon Istimewa) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Peringkat Kebangsaan pada 2011 bersama ibu, Mo Mgo Lim dan bapanya, Yeow Soo Jeow. FOTO Ihsan Yeow Ting Fong
Sokongan Ibu Jadi Kekuatan
Walaupun pernah berasa murung dan patah semangat, Yeow tidak pernah berputus asa. Sokongan keluarga terutama ibunya menjadi kekuatan untuk terus berjaya.
Malah, dia pernah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Calon Istimewa) STPM Peringkat Kebangsaan pada 2011 sebelum melanjutkan pengajian ke USM.
Ads
Mahu Tunaikan Hasrat Arwah Ayah
Kini bekerja dalam bidang pemasaran produk alat ganti, Yeow masih menyimpan impian untuk menjadi penjawat awam, khususnya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), yang juga merupakan hasrat arwah bapanya.
“Sebenarnya, impian saya adalah bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan itu juga hasrat mendiang ayah,” katanya.
Ads
Kisah Yeow bukan sahaja membuktikan golongan OKU mampu berjaya, malah menjadi peringatan buat ibu bapa agar mendidik anak-anak supaya tidak mengejek atau membuli individu yang mempunyai kelainan fizikal.
Ada beberapa sebab seseorang itu ada halangan dan tidak dapat mengganti puasanya dan dia sebenarnya perlu membayar fidyah. Jadi persoalannya, boleh ke seseorang itu membayar fidyah kepada ahli keluarga sendiri yang dilihat miskin dan susah hidupnya?
Nak tahu boleh atau tidak, jom kita baca perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun tentang itu. Diharapkan dapatlah dijadikan panduan kepada anda atau keluarga anda tentang pembayaran fidyah ini.
Ini perkongsiannya.
MELUNASKAN FIDYAH KEPADA AHLI KELUARGA: BOLEH ATAU TIDAK?
Ustazah, saya dikehendaki membayar fidyah kerana hamil dan risaukan kandungan.
Di manakah saya perlu berurusan untuk menjelaskan fidyah tersebut? Bolehkah saya membayar kepada keluarga terdekat memandangkan mereka susah?
JAWAPAN:
Fidyah hanya boleh dilunaskan kepada golongan fakir miskin sahaja. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan wajib ke atas orang yang tidak terdaya untuk berpuasa memberi makan kepada orang miskin”. Kata Ibnu Abbas, “Ayat ini tidak dimansuhkan. Mereka (yang tidak terdaya) adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan.”
Maksudnya: “Saluran fidyah adalah kepada fakir miskin, bukan untuk asnaf yang lain, sebagaimana firman-Nya, ‘Sebagai makanan orang miskin’. Perkataan miskin ini turut merangkumi golongan fakir, atau orang fakir yang lebih teruk keadaannya berbanding orang miskin, maka orang fakir lebih utama lagi (untuk diberikan fidyah).”
Fidyah adalah hak golongan fakir miskin sahaja. Ia tidak boleh disalurkan kepada orang lain walaupun mereka termasuk dalam kalangan asnaf zakat.
Hukum pengagihan fidyah, adalah berdasarkan hukum pengagihan zakat, kaffarah dan nazar umum. Maka, seseorang itu tidak boleh membayar fidyah kepada orang yang di bawah tanggungannya.
Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan:
“Sesungguhnya sesiapa yang diwajibkan ke atasnya membayar zakat, tidak sah sekiranya ia menunaikan zakat dengan memberikan zakat kepada sesiapa yang di bawah tanggungan nafkahnya. Sama ada ia daripada isteri, usul (ibu, ayah dan ke atas) dan furu’nya (anak-anak dan ke bawah) walaupun keadaan mereka itu fakir atau miskin.”
Di dalam Kitab al-Muhazzab li al-Syirazi karangan Imam al-Syirazi, beliau menyatakan:
“Tidak diharuskan seseorang itu untuk membayar kepada kaum kerabat dan isterinya yang berada di bawah tanggungan nafkahnya. Ini kerana mereka tidak memerlukan kepadanya (zakat) dan mereka mendapatkan keperluan itu daripada nafkah yang wajib diberikan kepada mereka.”
Isu kesihatan mental ini sememangnya bukan perkara baharu, tetapi bukan semua orang mahu berkongsi tentangnya kerana takut disalah erti. Apa yang membezakannya adalah masyarakat kini lebih didedahkan dengan kesedaran yang mendalam tentang isu ini.
Tak ketinggalan juga, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong turut berkongsi tentang kepentingan mengambil berat isu kesihatan mental terutamanya di generasi kini.
Dalam temu bual bersama portal Keluarga, Alvin menyuarakan pendapatnya tentang perspektif dan pentingnya sokongan daripada keluarga terhadap ahli yang mempunyai masalah mental.
[“Bagi Alvin, ada support system adalah sangat penting. Tapi Alvin faham juga tak semua porang dapat support daripada family sebab diorang tak faham,” katanya.
Dalam masa yang sama, Alvin turut berkongsi tanggapan orang tuanya terhadap isu kesihatan mental sebagai perkara mengarut.
“Kalau bapa saya punya generasi, kesihatan mental adalah satu benda yang mengarut. Bagi kita punya parent, dia rasa takde apalah ini alasan je, sebab tak nak belajar kan, sebab malas nak kerja kan, tak nak buat kerja rumah kan.
“Tapi sebenarnya, lately ni generasi kita banyak yang ada situasi yang berkaitan dengan kesihatan mental,” ujarnya.
Sementara itu, Alvin juga sempat memberikan nasihatnya kepada masyarakat di luar sana untuk menitikberatkan kesihatan mental dan mencari solusi terbaik dengan yang pakar.
“Nak bagitahu mental health seperti depression, bipolar atau ADHD bukan satu benda yang menakutkan cuma kalau dah ada kita kena cari solusi untuk menghadapinya supaya tak menganggu orang lain serta menjejaskan kerja kita,” tambahnya.
Selain itu, pelakon yang sedang menjalankan penggambaran drama Journal Sarahaeyo yang bakal ditayangkan di aplikasi Viu ini turut menyebarkan mesej tentang isu ini melalui video podcast yang dikongsikan di saluran Youtubenya.
Sumber: TikTok Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Betul ker anak lahir bulan 12 atau disember dikatakan lembab belajar? Siapa yang tak sedih jika ada tanggapan begitu.
Begitulan sikap manusia ini mempunyai pelbagai peel. Hal keluarga kita sendiri pun kadang kala menjadi bualan orang ramai.
Bukan itu sahaja, bilangan anak atau bila anak lahir pun jadi pertikaian. Siapa sangka wanita ini, Cik Puan Ammy Tulis mendapat pertanyaan yang sinis.
Dia tidak menyangka ketika sedang berniaga didatangi oleh seorang wanita yang bertanya umur anaknya.
Katanya, anak yang lahir bulan 12 ni lambat perkembangannya, malah pembelajaran pun lambat.
KENA SINDIR ANAK LAHIR BULAN DISEMBER
Salah kah lahir bulan 12…?
Anak saya dilahirkan awal bulan 12… Jadi saya nk tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?
Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sediri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni…?
Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer…?
Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg..
Sambil cuit-cuit pipi ank saya..
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembab nanti nak belajar.
Erkkkk…camtu plk… Bisik hati saya.
Makcik : Berapa ringgit selipar ni…
Saya : 10 ringgit jer acik..
Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …
Saya : 10 ringgit dah murah acik…
Tak jadi dia beli selipar tu. Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu… Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas… Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nk masuk 4 tahun pun dia… Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi… Alhamdulillah ternyata apa yg di katakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…
Eizlan Yusof raih Ijazah Sarjana Sains Pengurusan pada usia 55 tahun di UUM. Kejayaan membanggakan ini turut mendapat pujian dan ucapan istimewa isteri.