Ads

Serangan Harimau di Sungai Siput: Sayu Bapa Tunggal 5 Anak Maut Ketika Cari Buluh

Dibaham Harimau
Kredit foto: Bernama (kiri) | Ilustrasi AI (kanan)

Sayu hati mengenangkan nasib lima anak yang kehilangan insan bergelar ayah selepas bapa tunggal mereka maut dipercayai diserang harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai, Kampung Bawong, Sungai Siput, Perak.

Mangsa, Ngah Itam, 65, merupakan seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada Rabu (18 November 2026).

Pemergian Allahyarham pastinya satu kehilangan besar buat lima anaknya, apatah lagi beliau merupakan seorang bapa tunggal.

Kejadian Kedua Dalam Tempoh Hampir Dua Bulan

Menurut laporan Bernama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun memaklumkan bahawa beliau menerima berita kejadian itu daripada Ketua Balai Polis Lintang.

Lebih membimbangkan, tragedi berkenaan merupakan kejadian kedua yang meragut nyawa penduduk akibat dipercayai diserang harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh hampir dua bulan.

Ads

Sebelum ini, pada 21 September lalu, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor turut dilaporkan maut dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di kawasan hutan.

Dibaham Harimau
Kredit foto: Bernama


Lima Anak Kehilangan Ayah Tercinta

Susulan kejadian itu, Mohd Zolkafly berharap pemantauan dan langkah keselamatan di kawasan berisiko dapat dipertingkatkan segera bagi mengelakkan tragedi sama berulang.

Ads

Beliau turut menasihatkan penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran supaya sentiasa berwaspada, menjauhi lokasi kejadian serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Dalam masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar lima anak yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

Ads

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dalam menempuh ujian yang amat berat ini

 

BACA LAGI: “Saya Dengar Bapa Jerit, Lepas Tu Harimau Tarik Bapa”, Anak Sebak Kenang Detik Cemas

Sumber: BERNAMA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Prof Dr Shatriah Ismail Rai Detik Istimewa, Impian Bedah Pesakit Bersama...

Prof Dr Shatriah Ismail rai detik istimewa apabila impian bekerja bersama anak sulungnya menjadi kenyataan. Empat anaknya turut memilih bidang perubatan.