Ads

“Berehatlah Isteri Syurgaku…” 9 Tahun Bercinta, Baru Sebulan Nikah, Isteri Pergi Selamanya

Sembilan tahun menyulam cinta sejak zaman sekolah, namun kebahagiaan sebagai suami isteri hanya sempat dinikmati selama sebulan. Itulah ujian berat buat Idham Kamal Hafizi, 24, apabila isteri tercinta, Sharifah Nuraqilah Nadhiratul Husna Syed Mohamad Faizal, 23, meninggal dunia selepas berjuang melawan kanser otak tahap empat.

Pemergian Allahyarhamah yang mesra disapa Qila pada 18 November lalu meruntun hati ramai, lebih-lebih lagi pasangan ini baru sahaja bernikah pada 10 Oktober lalu.

Sembilan Tahun Bercinta, Akhirnya Disatukan

Menerusi perkongsian di Threads, Idham mengimbau perjalanan cinta mereka yang bermula sejak 11 tahun lalu, sebelum menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan mengikat tali pertunangan selama 10 bulan.

Namun, ketika masih dalam tempoh pertunangan, Qila disahkan mempunyai ketumbuhan otak pada penghujung April selepas mengalami sakit kepala teruk selama tiga minggu yang pada awalnya disangka migrain.

Walaupun diuji dengan penyakit, pasangan ini tetap meneruskan pernikahan pada 10 Oktober lalu.

Ads

“Berehatlah Isteri Syurgaku…” 9 Tahun Bercinta, Baru Sebulan Nikah, Isteri Pergi Selamanya

Baru Sebulan Nikah, Isteri Pergi Selamanya

Memetik Harian Metro, Qila dimasukkan ke hospital pada 2 November sebelum menjalani pembedahan otak keesokan harinya.

Keadaannya pada awalnya menunjukkan perkembangan positif, namun dia terpaksa ditidurkan pada 10 November selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Ads

Allahyarhamah akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 18 November, jam 3.57 petang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Putra Perdana, Puchong.

Lebih menyentuh hati, Qila sempat berpesan kepada suaminya supaya menjaga adik-adik, ibu, bapa dan datuk yang amat disayanginya.

“Berehatlah Isteri Syurgaku…”

Dalam luahan penuh emosi, Idham mengakui sukar membayangkan kehidupan tanpa wanita yang menjadi pelengkap hidupnya.

Ads

“Terima kasih kerana tetap memilih saya sebagai suami awak walaupun saya banyak kurang.

“Saya tak tahu apa yang akan jadi dengan saya selepas ini.

“Cinta saya, sayang saya semuanya untuk awak sayang. Terima kasih wanita teragungku, berehatlah isteri syurgaku,” luahnya.

Sembilan tahun bercinta, namun hanya 39 hari diberi kesempatan hidup bersama sebagai suami isteri. Semoga Allahyarhamah Qila ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan suami serta keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

BACA SINI : Dato’ Dr.Hj.Fadzilah Kamsah Jelaskan Ciri Isteri Syurga.Ayuh Perbaiki Diri!

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Buat Kerja Rumah Sampai Berpeluh…” Amy Search Kongsi Rahsia Kekal Sihat...

Amy Search kongsi rahsia hebat kekal sihat pada usia 68 tahun. Rajin buat kerja rumah sampai isteri bising, selain menjaga pemakanan dan kesihatan.