Setiap ibu bapa,inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Tanpa mengira latar belakang keluarga itu sama ada daripada pendapatan tinggi atau rendah, masing-masing inginkan berharap anak-anak mendapat peluang pembelajaran yang sempurna untuk masa depan yang lebih cemerlang. Ia termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Baru-baru ini, syarat kemasukan SBP yang mengutamakan kepada golongan B40 ini telah memberi impak yang positif kepada warga ini. Walaupun mendapat pelbagai reaksi, namun hakikatnya ia mempunyai banyak memberi manfaat. Melalui perkongsian dilaman facebooknya sebentar tadi, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik melahirkan rasa terharu, apabila dapat membantu mengembalikan syarat SBP kepada warga B40 dan berharap generasi ini masa akan datang dapat membantu keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saya tidak pernah menyangka, mengembalikan SBP kepada warga B40 adalah keputusan paling penting yang pernah dibuat semenjak saya masuk ke pejabat 8 bulan yang lalu.
Ads
Bumiputera yang kurang berkemampuan akhirnya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, untuk membantu mengubah sosio-ekonomi keluarga mereka di masa depan.
Untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM1000, lebih dari 800 murid yang ditawarkan pada kemasukan kali ini bakal mengubah nasib keluarga mereka, untuk 10 tahun ke hadapan. Manakala untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM4000 pula, lebih dari 4000 murid ditawarkan tempat.
Ads
Bayangkan lebih dari 5000 keluarga, sebahagian besarnya adalah Bumiputera, bakal keluar dari kelompok B40 kerana diberikan peluang serta akses kepada pendidikan yang lebih baik dalam jangka masa 10 tahun ke hadapan.
Mereka ini, yang saya temui menjual maruku di kaki lima, yang menjual ikan di pasar, yang menoreh getah, sehinggalah yang cuma menternak ikan keli; mengucapkan terima kasih kerana membenarkan anak-anak mereka masuk ke sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Mereka sangat bersyukur kerana anak mereka dapat masuk ke SBP.
Ads
Dan saya takkan lupakan senyuman mereka ketika bersalaman dengan saya.
Kerana saya percaya, di mata mereka, masa depan yang lebih cerah akhirnya mengetuk pintu rumah masing-masing.
Berkat kerja keras dan rezeki selepas kahwin, Ayda Jebat dan suami Nabil Mahir membeli sebuah rumah banglo tiga tingkat.
lebih manis lagi, rumah itu menjadi hadiah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang pertama, pasangan ini.
Berkongsi rasa syukur dan sebak, menurut Ayda Itu juga merupakan rezeki anak sulung mereka Ana Nayla.
“Alhamdulillah, bersempena ulang tahun perkahwinan pertama kami yang disambut 1 Januari lalu, kami berdua menghadiahkan kediaman ini kepada diri sendiri.
“Rezeki datang mencurah semenjak sebelum berkahwin. Selepas bekerja keras siang dan malam, kami berjaya membeli rumah yang diidamkan. Kami juga melihat ini sebagai rezeki anak kesayangan kami, Ana Nayla.
“Berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa menyokong, semuanya dipermudahkan. Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki tidak putus-putus,” ungkap Ayda lagi
Dia dalam pada itu enggan berkongsikan harga sebenar rumah tersebut.
“Bercakap soal harga, biarlah kami simpan sendiri. Apa yang penting, segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.
“Sebelum kahwin kami dihujani rezeki, selepas bernikah pun kerjaya berjalan seperti biasa. Kami tak putus bekerja biarpun pandemik melanda, sangat bersyukur kerana rezeki selalu ada.
“Rezeki anak juga membuatkan perjalanan kami mahu memiliki rumah ini menjadi lebih lancar. Sewaktu saya hamil pada tahun lalu, saya aktif menjalankan pelbagai kempen,” tulis Ayda menerusi kapsyennya.
Fiza Halim anak raih 9A SPM nyata mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila kejayaan itu turut disusuli dengan pujian netizen terhadap kecantikan dan kebijaksanaan anak gadisnya. Kisah ini bukan sahaja membanggakan seorang ibu, malah menjadi inspirasi kepada ramai pelajar dan ibu bapa di luar sana.
Tahniah diucapkan buat puteri sulung pelakon Fiza Halim, Ferra Aryana, 18, yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.
Pastinya kejayaan itu menjadi detik paling bermakna buat seorang ibu. Menerusi perkongsian di media sosial, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim memuat naik foto anak sulungnya sambil meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut.
Dalam hantaran itu, Fiza menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat Ferra selain merakamkan penghargaan terhadap usaha keras anaknya selama ini. Kata-kata yang ditulis jelas menggambarkan rasa bangga seorang ibu terhadap kejayaan anak sulungnya itu.
“Tahniah Kak Ferra dan semua pelajar. We’re so proud of you, #straightA.
“My dear love Ferra mommy so proud of you. You did it straight A’s.
“Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH di atas nikmat ini. Berkat usaha dan doa,” titipnya.
Perkongsian berkenaan nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet turut menumpang gembira dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat Ferra atas kejayaan membanggakan itu. Ramai yang melihat kejayaan ini sebagai hasil usaha gigih selain doa yang tidak putus daripada keluarga.
Malah, bukan sahaja pencapaian akademiknya dipuji, malah ramai juga yang memuji penampilan Ferra yang semakin cantik dan sopan. Tidak hairanlah ada yang menyifatkannya sebagai memiliki pakej lengkap, iaitu cantik dan bijak dalam masa yang sama.
Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah, “Pandai dan pintar.”
Selain itu, ada juga yang menulis, “Masya-ALLAH tahniah. Cantik dan brilliant. Boleh jadi akauntan.”
Tidak kurang juga yang memuji aura anak gadis itu dengan komen, “Muka mahal. Beauty with brain.”
Seorang lagi netizen turut meninggalkan komen menyentuh hati apabila mengimbau kenangan lama, “Tahniah. Sudah besar makin cantik dan bijak! Masih ingat ketika kecil dahulu, pernah muncul dalam majalah dua beradik ni. Sekarang cantik-cantik.”
Fenomena ini menunjukkan bahawa Fiza Halim anak raih 9A SPM bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah turut mendapat perhatian meluas daripada masyarakat yang menghargai kejayaan anak muda dalam bidang akademik.
Kejayaan Ferra ini pastinya membuktikan bahawa usaha yang disertai doa dan sokongan keluarga mampu membuahkan hasil yang cukup manis. Dalam dunia yang penuh cabaran, peranan ibu bapa sebagai pendorong utama sangat penting untuk memastikan anak-anak kekal fokus dalam pelajaran.
Dalam konteks ini, Fiza Halim anak raih 9A SPM menjadi contoh jelas bahawa gabungan disiplin, usaha dan dorongan keluarga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sahsiah diri.
Untuk rekod, Fiza memiliki tiga orang puteri. Dua cahaya matanya, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra, merupakan hasil perkahwinannya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudiannya dikurniakan anak ketiga, Siti Aleena Adra menerusi perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri.
Latar belakang keluarga ini turut memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran yang positif buat anak-anak membesar dengan nilai yang baik serta semangat untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Fiza Halim anak raih 9A SPM sekali lagi membuktikan bahawa kejayaan seorang anak tidak datang secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada gabungan usaha berterusan, doa dan sokongan padu daripada keluarga terdekat.
Tahniah sekali lagi buat Ferra Aryana atas kejayaan memperoleh 9A dalam SPM. Semoga pencapaian ini menjadi langkah awal untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan menjadi inspirasi buat anak-anak lain untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Kisah ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar lain bahawa tiada yang mustahil jika disertai usaha, disiplin dan keyakinan diri. Dalam masa yang sama, ia juga mengingatkan ibu bapa tentang pentingnya sokongan moral dalam perjalanan pendidikan anak-anak.
Akhirnya, Fiza Halim anak raih 9A SPM bukan sekadar berita kejayaan biasa, tetapi sebuah kisah inspirasi yang menunjukkan bahawa kecemerlangan akademik dan peribadi boleh bergerak seiring untuk melahirkan generasi masa depan yang lebih berkualiti.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah setiap ujian yang ditanggung oleh setiap antara kita. Tidak kira siapa kita, ujian itu akan selalu ada, datang tanpa mengira masa dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Bahkan saat meniti usia senja sekali pun, ada antaranya diuji bukan sahaja ujian kesihatan malah ujian kewangan dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian @jenjibam di Twitter yang mencuri perhatian warganet bila berkongsi sekeping gambar lelaki yang telah berumur datang ke tempatnya untuk meminta kerja.
Malah apa yang lebih menyentuh hati warganet bila difahamkan lelaki tua ini sebenarnya mempunyai 11 orang anak, namun diusia senja sepertinya itu masih tetap gigih mencari kerja untuk menampung perbelanjaan barang dapur dan keperluan lainnya.
75 Tahun Masih Mencari Kerja
Umur dah masuk 75 datang minta kerja. Anak 11 orang dari isteri pertama, semua dah berkeluarga. Isteri kedua OKU, dapat anak juga OKU. Nak cari duit untuk sara anak dan bini yang OKU.
Anak dia yang 11 orang tu aku doakan anak-anak diorang balas balik la.
Kau rasa aku bagi kerja ke?
Of course la aku sebagai majikan ambik dia kerja. Selagi mana orang tu betul nak kerja, aku macam biasa la sentiasa bagi ruang dan peluang.
Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik!
Yang aku nak highlight ni bukan part aku bagi kerja. Tapi jenis anak ramai buat tak reti kat bapak sendiri.
Bapak sorang boleh bagi makan kat anak 11 orang. Anak 11 orang tak boleh hulur kat bapak dia sorang sikit.
Pakcik tu tahan sebak masa dia cerita. Tapi tu la, kita sebagai bapak ni kena kental jiwa dan sanubari.
Kita kalau kena abai esok walaupun dengan anak sendiri, kita kena kekal steady dan terus berdiri atas dua kaki.
Mulut anak pun kita boleh suap, inikan pula mulut sendiri.
By the way, pakcik ni kahwin kali kedua lepas isteri pertama dia meninggal.
P/S: Moga jadi teladan buat kita semua. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu bapa kita
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.