Puding lumut ni memang menjadi salah satu pemanis mulut turun-temurun dari zaman dulu. Setiap kali puasa ke raya ke puding ni memang wajib ada lah.

Selalu makan puding lumut warna hijau je kan, dah bosan. Jom cuba puding lumut warna biru. Wahh nak makan pon tak tergamak sebab comel sangat.

Kombinasi warna biru gelap dengan biru cair tu dah macam awan dengan laut. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.

RESEPI PUDING LUMUT BUNGA TELANG

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

BAHAN A:
-5 g serbuk agar-agar
-200 ml air
-100 ml air ekstrak bunga telang segar
-60 g gula pasir
-1 sb susu pekat
-1 ketul gula batu

BAHAN B:
-100 ml santan kotak
-100 ml air ekstrak (bunga telang)
-1 esen vanilla
-Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Didihkan satu cawan bunga telang segar dengan 1 cawan air kemudian tapis ekstrak.

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

2. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan kacau rata. Panaskan hingga mendidih.

IKLAN

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

3. Campurkan bahan B kedalam satu periuk. Kacau rata. Apabila bahan A mendidih, masukkan campuran bahan B bersama bahan A. Biar mendidih dan kacau sekali jika nak hasil buih besar. Jika nak hasil buih kecil kacau 3-4 kali. Tutup api.

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

IKLAN

 

4. Basahkan acuan. Tuang campuran kedalam acuan. Sejukkan dahulu sebelum simpan.

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

 

5. Boleh dinikmati selepas 3 jam atau selepas disejukkan.
Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada TetamuMESTI BACA: Menu Jamuan Raya Sekolah Anak, Pudding Pencuci Mulut Warna-Warni

IKLAN

Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?

Pencuci Mulut Yang Comel! Jom Cuba Resipi Mochi Paling Simple Dan Lembut Ni

SUMBER: Cookpad dapurdee

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Resepi Puding Lumut Bunga Telang, Comel Untuk Dihidang Kepada Tetamu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI