Petang-petang memang syok kalau minum teh atau kopi panas bersama pencuci mulut kan? Selalunya hidangan bergoreng paling sesuai dan best jika dimakan pada waktu begitu.
Tetapi menu pencuci kali ini sedikit berbeza dan lebih sedap lebih-lebih lagi dimakan waktu sejuk. Mochi berinitikan kacang merah ini mempunyai bentuk yang sangat comel dan teksturnya yang lembut dan kenyal.
Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nor Rohaiza Hamzah, cara membuatnya memang sangat mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi, jika anda seorang penggemar pencuci mulut yang unik memang wajib cuba.
Kalau hendak diikutkan menu ikan goreng jika dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, ianya sudah cukup untuk membangkitkan selera. Rasanya sungguh padu!
Pun begitu untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang sedap, ada teknik yang betul dipatuhi supaya ikan yang digoreng tidak melekat pada kuali dan seterusnya isi ikan terasa juicy.
Seorang pensyarah kimia, Fatimah Salim berkongsi tip gorengan ikan yang betul dan juga penerangannya daripada sudut sains.
“Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
“Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan,” ujarnya.
Menurut pensyarah ini ada sebab kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng.
“Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
“Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali,” terangnya panjang lebar.
Turut dikongsikan tips untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali.
-Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
-Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
-Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Tidak dengan itu turut dikongsikan rahsia untuk mendapatkan isi ikan yang juicy.
-Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
-Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
-Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.
Menikmati mi segera pasti ramai yang suka, selain enak rasanya cepat pula disediakan. Pun begitu memberi alternatif, apa kata sediakan cucur udang mi segera ini yang pastinya menjanjikan rasa yang digemari ramai.
Jom semak resipi yang dikongsikan ini.
Cucur Udang Maggi
Petang-petang nie kalau takde idea nak buat ape bleh la try resepi nie..Resepi nie saya dapat dari selebriti terkenal kita..Sis Sheila Rusly dari program masakan dia yang famous tu hehe ..
Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam menu kita tak salah kan..Dah banyak kali saya buat memang sedap..So sape2 yang nak try boleh la..Jom tengok mcm mana cara nk membuatnya..Sangat mudah nk senang..
Cara penyediaan:
First dah tentulah kena ada maggi kan..yang nie memang wajib ada kalau tak ade memang kena bagi ada jugk..p kedai beli kaih huhu. Saya guna 2 bungkus maggi perisa ayam..nie utk yg nk buat mkn sikit2 jer klau agak2 nak mkn beramai2 gandakanlah jumlah dia ye..
Mcm biasa..celurkan dlu maggi tadi..kemudian toskan..dh siap letak tepi dlu..jom tngk bahan lain plk k
Ini antara bahan2 yg lain..sama jgk mcm kita nk buat cucur udang biasa jerr..utk saya bahan ni jer yg ada kt umah..so guna yg ni jelah
Ada udang..daun kucai..daun sup..bawang besar ..taugeh dan juga cili merah..potong lah ikut suka mcm mna pun jnji potong..
Mcm hampa klau nk guna bahan mcm saya jgk pun bleh tpi klau ada nak tmbah ape2 lgi terpulang lah..
Sampai jadi mcm nie ..lepas ni bleh la goreng..
Huishh x sabarnya..haha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan ada anak-anak yang masih belum bersekolah kerana masih dalam PKPB, apa kata cuba resipi ringkas ini jika ibu-ibu dah buntu.
Walaupun simple tapi sedap dan pasti anak-anak sukakanya. Menu minum petang seisi keluarga ni. Jom cuba air tangan yang dikongsikan oleh puan Ida Osman serius ..sedap sgt pd tekak sy… Alhamdulillah
xsedar ..brkeping2 masuk perut
BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE TOPPING… (sapuan utk 8-10kping roti)
******** Bahan-bahan
100gm cream cheese
2keping keju cheddar disiat2
40gm susu cair
40gm gula caster
20gm butter tawar
2bj kuning telur
1/4st esen vanilla Cara membuat:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.