Bagi anda yang teringin sangat menikmati kek brownies bolehlah membuatnya sendiri memandangkan resipi ini sangat mudah disediakan. Berbeza dengan resipi kek yang lain, perlu ambil masa yang lama untuk menunggu adunan dipukul kembang dan sebagainya.

Menyediakan kek brownies ini nyata cukup mudah,  memadai dikacau rata sahaja sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Razak KC di group Masak Apa Hari Ini.

Perkongsian resipi daripadanya nampak cukup menyelerakan dan ramai teruja untuk mencubanya memandangkan nampak begitu mudah membuatnya.

Jadi buat anda yang pertama kali hendak menyediakan kek istimewa untuk keluarga, bolehlah mencuba sendiri menghasilkan kek brownies kedut ini.

Kek Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat

Siap dah brownies kedut saya untuk santapan keluarga..cara saya ni mudah saja..semua orang boleh buat.

Resipi Kek Brownies Kedut Ni Senang Sangat Nak Buatnya, Confirm Menjadi!

Saya memang suka buat sendiri kurang manis dan kena dengan tekak kami yang tak suka makan manis-manis sangat..just perfect. So siapa nak cuba resepi KC boleh try ok.

Resepi seperti dibawah
Bahan A
Cairkan bahan-bahan dibawah dalam microwave 1 minit atau double boil.
1. 50g butter ( kc guna salted butter Anchor)
2. 50g minyak masak
3. 150g dark chocolate coin/bar
*Dah cair kacau-kacau sebati letak tepi dulu.

Bahan B
Masukkan ke dalam basin
1. 2 biji telur gred A atau B
2. 1/2 tps esen vanila
3. 140g Brown sugar halus atau kalau guna dark molases sugar lebih sedap sebab dia lemak manis yang rasanya kurang manis
* kacau rata dan sebati saja semua bahan-bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut..berenti mengacau.
Masukkan bahan A ke dalam bahan-bahan B. Gaul rata atau sebati saja.

IKLAN

Bahan C
Ayakkan bahan-bahan di bawah.
1.100g tepung gandum
2. 1/2 tsp baking powder ( kalau nak hasil yang fudge lagi jangan letak baking powder)
3. 25g serbuk koko (kc guna vanhouten)
Masukkan bahan C kedalam adunan sebati A & B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat..itu yg kita mau..

Resipi Kek Brownies Kedut Ni Senang Sangat Nak Buatnya, Confirm Menjadi!
*Nak rich lagi. Boleh cincang coklat bar dalam 1/2 cup..gaul dalam adunan sekali. Nanti dia melting2 coklat masa kita gigit.
Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu butter and kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam oven selama 170⁰C selama 30-35 minit ikut capasiti oven masing-masing. Jangan over cook nanti kering sangat pula just nice gitu.

Resipi Kek Brownies Kedut Ni Senang Sangat Nak Buatnya, Confirm Menjadi!

Tips: Ambil lidi cucuk dah tak melekat masak la tu.

Resipi Kek Brownies Kedut Ni Senang Sangat Nak Buatnya, Confirm Menjadi!

Selamat mencuba.

IKLAN

Sumber : Shida Razak KC

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Resipi Kek Brownies Kedut Ni Senang Sangat Nak Buatnya, Confirm Menjadi!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI