Ads

Anak Suka Nugget, Sosej & Mi Segera? Ibu Ayah Awasi Garam Tersembunyi Dalam Makanan Ini!

Garam Makanan

Nugget, sosej, burger dan mi segera memang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak. Selain sedap, makanan ini juga mudah dan cepat disediakan oleh ibu ayah.

Namun, tahukah anda makanan ini boleh mengandungi garam yang tinggi walaupun rasanya tidak terlalu masin?

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), garam bukan sahaja datang daripada garam yang kita masukkan ke dalam masakan, malah turut tersembunyi dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Banyak Garam Dalam Makanan Harian

Menurut PHM, satu hidangan roti canai dianggarkan mengandungi 1.2 gram garam, nasi goreng dua gram, burger 2.5 gram, manakala sosej dan nugget sekitar tiga gram.

Ads

Mi segera pula dianggarkan mengandungi 4.5 gram garam bagi setiap hidangan. Jumlah ini boleh berbeza mengikut jenama dan cara penyediaannya.

Sedangkan, jumlah garam yang disarankan untuk orang dewasa adalah kurang daripada lima gram sehari, bersamaan kira-kira satu sudu teh kecil.

Ads

Terlalu banyak mengambil garam boleh meningkatkan risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Ibu Ayah Perlu Lebih Peka

Bukan bermakna anak-anak langsung tidak boleh menikmati makanan kegemaran mereka, tetapi ibu ayah perlu mengawal jumlah dan kekerapan pengambilannya.

Ads

Kurangkan juga penggunaan sos, kicap dan bahan perasa dalam masakan. Biasakan membaca label makanan sebelum membeli dan perbanyakkan makanan segar dalam menu harian keluarga.

Apa yang penting, didik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat sejak kecil demi kesihatan mereka pada masa hadapan.

BACA LAGI: Cara Cairkan Ayam Beku Guna Garam. Lebih Selamat Dan Praktikal!
Sumber: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Doa Ibu Ayah Untuk Anak SPM 2026, 4 Amalan Mustajab Penenang...

Doa ibu ayah untuk anak SPM 2026. Amalkan 4 doa memohon kefahaman, ketenangan hati, kesihatan dan perlindungan sepanjang peperiksaan.