Ads

Tak Sempat Masak Hidangan Hari Lahir Anak, Ibu Maut Dalam Kemalangan

Hari Lahir
Kredit: Sinar Harian

Hari yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan bertukar menjadi detik duka apabila seorang anak kehilangan ibu tersayang.

Hasrat seorang ibu untuk menyediakan hidangan istimewa sempena hari lahir anaknya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Tebuk Tengah, Simpang Empat, Kangar, Perlis, pada Isnin lalu.

Mangsa, Noryshah Umar, 47, yang bekerja di kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP), disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hasrat Raikan Hari Lahir Anak Tak Kesampaian

Difahamkan, Allahyarham dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas singgah membeli bahan masakan untuk meraikan hari lahir anaknya.

Ads

Namun, motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah untuk proses bedah siasat.

Ads
Hari Lahir
Kredit: Sinar Harian

Kasih Ibu Tiada Pengganti

Siapa sangka, hasrat sederhana seorang ibu untuk menggembirakan hati anak akhirnya tidak kesampaian.

Hari lahir yang sepatutnya mencipta kenangan manis bersama keluarga kini menjadi kenangan duka buat anak berkenaan.

Ads

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

BACA LAGI: “Tangguh Sambut Hari Jadi Sebab Ayah Belum Gaji…” Anak 7 Tahun Pergi Sebelum Sempat Raikan!
Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Tak Berkira Bantu Anak Susah Sambung Belajar, Sisi Mulia A Samad...

A Samad Said bukan sekadar hebat dalam dunia sastera. Zurinah Hassan berkongsi kisah kemurahan hati Allahyarham yang pernah menjadi penjamin pinjaman pelajarannya.