Ads

Hebat! 3 Selebriti Raih Ijazah Sarjana UPSI, Bukti Usia Bukan Penghalang

Biarpun sudah mencipta nama dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri seni tanah air, ia tidak menghalang tiga selebriti ini untuk terus mengejar kejayaan dalam bidang akademik sehingga berjaya meraih ijazah sarjana UPSI.

Penyanyi Tomok, Anis Suraya dan pelakon veteran Zulkifli Ismail berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-28.

Kejayaan menamatkan pengajian menerusi laluan APEL.Q itu membuktikan pengalaman kerjaya mampu menjadi landasan untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Lebih membanggakan, kejayaan tiga anak seni ini meraih ijazah sarjana UPSI turut memperlihatkan betapa pentingnya pembelajaran sepanjang hayat meskipun sudah mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Hebat! 3 Selebriti Raih Ijazah Sarjana UPSI, Bukti Usia Bukan Penghalang

Ads

Tomok Mahu Kongsi Pengalaman 25 Tahun Dalam Industri Muzik

Bagi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, keputusan menyambung pengajian didorong keinginan untuk mengembangkan pengetahuan serta berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat menceburi industri muzik.

“Saya merasakan pengalaman selama 25 tahun dalam industri muzik boleh dijadikan sebagai panduan yang harus dikongsikan kepada orang ramai yang berminat dengan industri ini.

“Di samping itu, saya juga ingin mengukuhkan kedudukan dan keseimbangan dalam bidang akademik supaya pengalaman penggiat seni turut dihargai sebagai satu bentuk pembelajaran,” katanya.

Anis Suraya Bukan Sekadar Mahu Segulung Ijazah

Sementara itu, Anis Suraya, 45, menyambung pengajian demi memperkukuh pengetahuan dan pengalaman profesional sepanjang kerjaya seninya.

Malah, penglibatannya sebagai pensyarah sambilan bagi kursus Seni Suara di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak 2018 turut menjadi pendorong buat dirinya.

Ads

“Dorongan utama saya bukan semata-mata untuk memperoleh ijazah tetapi untuk memperluas keupayaan intelektual dan memperkukuh hubungan antara amalan profesional dengan pengetahuan akademik,” katanya.

Usia 63 Tahun Bukan Penghalang Buat Zulkifli Ismail

Lebih mengagumkan, pelakon veteran Zulkifli Ismail turut berjaya menggenggam ijazah sarjana pada usia 63 tahun.

Selepas empat dekad mewarnai industri lakonan tanah air menerusi lebih 300 produksi, beliau membuktikan pengalaman luas dalam bidang seni masih boleh diperkukuh dengan ilmu akademik.

Sesungguhnya, kejayaan ketiga-tiga anak seni ini cukup memberi inspirasi buat ibu ayah yang masih menyimpan impian untuk menyambung pengajian.

Ads

Tidak kira berapa usia kita, sudah berkeluarga mahupun mempunyai kerjaya yang stabil, ruang untuk menimba ilmu sentiasa terbuka.

Tahniah Tomok, Anis Suraya dan Zulkifli Ismail! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat bahawa tiada istilah terlambat untuk menuntut ilmu.

BACA SINI : “Ijazah Ini Juga Milik Ayah…” Anak Mekanik Bangga Bergelar Graduan Universiti Malaya!

Sumber : Kosmo Online!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Bantuan Awal Persekolahan RM200 Perlu Diambil Di Sekolah, Ibu Ayah Ambil...

BAP 2027 sebanyak RM200 bantu ringankan beban keluarga. Anwar mahu ibu bapa hadir sendiri ke sekolah untuk menerima bantuan dan bertemu guru.