Ads

Bantuan Awal Persekolahan RM200 Perlu Diambil Di Sekolah, Ibu Ayah Ambil Perhatian!

Menjelang sesi persekolahan 2027, pastinya ramai ibu bapa mula berkira-kira untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak termasuk pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2027) sebanyak RM200 kepada setiap murid tahun depan pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan keluarga.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bantuan berkenaan diserahkan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa masing-masing.

Bantuan Awal Persekolahan RM200 Perlu Diambil Di Sekolah, Ibu Ayah Ambil Perhatian!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bantuan berkenaan diserahkan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa masing-masing.

Ibu Bapa Perlu Hadir Sendiri Ke Sekolah Untuk Terima BAP 2027

Menurut Anwar, langkah itu bertujuan memastikan ibu bapa turut memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak, selain memberi peluang kepada mereka mengenali sekolah serta bertemu guru.

“Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita tak serah wang itu ke rumah kerana kita nak ibu bapa itu tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat.

“Dia harus tahu bahawa yang membantu mendidik anak-anak mereka itu ialah para guru dan kalau tak datang ke sekolah, (Menteri Pendidikan, Datuk Seri) Fadhlina (Sidek), jangan bagi wang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara pada 25 November 2026.

Bantuan Awal Persekolahan RM200 Perlu Diambil Di Sekolah, Ibu Ayah Ambil Perhatian!

Ads

Peluang Ketahui Perkembangan Anak Di Sekolah

Anwar turut mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan program khas bagi membolehkan guru, murid serta ibu bapa bertemu ketika penyerahan bantuan berkenaan.

Pertemuan itu penting bagi membolehkan guru berkongsi perkembangan akademik serta tingkah laku anak-anak kepada ibu bapa.

Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat mengenal pasti aspek yang perlu diberikan perhatian dalam mendidik anak-anak di rumah.

Ads

Mendidik Anak Bukan Tanggungjawab Guru Semata-mata

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

“Jangan diserahkan semua kepada sekolah. Ibu bapa juga harus ditegur demi tanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau, pendidikan bukan sekadar meningkatkan kepintaran dan penguasaan ilmu, malah turut membentuk individu yang mempunyai akhlak, disiplin serta keperibadian baik.

Ads

Justeru, ibu ayah bolehlah meluangkan masa untuk hadir ke sekolah apabila sesi penyerahan bantuan berkenaan diadakan nanti.

Bukan sekadar menerima bantuan RM200, tetapi manfaatkanlah peluang ini untuk mengetahui perkembangan anak-anak serta mengeratkan hubungan dengan guru demi masa depan mereka.

BACA SINI : Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tepat Pada Waktunya , Mak Ayah Luah Rasa Lega!

Sumber : Harian Metro

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Waktu Solat Selangor 2027 Berubah, 9 Daerah Ada Jadual Lebih Tepat

Waktu solat Selangor 2027 berubah mulai 1 Januari mengikut sembilan daerah. Semak jadual baharu untuk memastikan waktu solat dan berbuka puasa lebih tepat.