Kasih seorang ibu memang tiada tolok bandingannya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk anak tersayang walau diri sendiri kadangkala kepenatan.
Apa yang penting bagi seorang ibu adalah keselesaan anak tersayang walau di mana berada.
Figura yang cukup dikenali ramai, pelakon dan usahawan Nur Fazura yang berkongsi foto dan video terbaharu di Instagram mencuri perhatian ramai.
Fazura telah berkongsi video ketibaannya di lapangan terbang dan hotel penginapan sepanjang percutian bersama keluarga di Langkawi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39.
Apa yang mencuri perhatian pengikut-pengikut Instagram usahawan jelita ini apabila melihat gelagatnya yang tidak berhenti mendukung anak tersayang Nur Fatima Aisya sepanjang berada di lapangan terbang, ke hotel penginapan mereka dan ketika berada di restoran.
Betullah orang kata bila dah bergelar ibu, tak kira orang biasa atau selebriti terkenal pasti sentiasa mengutamakan keselesaan anak di mana pun berada.
Ads
Menerusi dua foto yang dimuat naik sebelum itu, Fatima dipangku Fazura ketika berada di dalam sebuah kereta dan kelihatan wajah Fatima yang mengantuk.
Sebagai ibu, pelakon yang mesra disapa Faz ini tidak kisah untuk mendukung anaknya yang mengantuk sepanjang masa apabila tiba di destinasi mereka.
Selain meninggalkan komen ucapan ulang tahun untuk selebriti jelita ini, ramai juga pengikut yang menyatakan kekaguman melihat kegigihan Fazura terus mendukung anaknya.
Sikap peramah Fazura yang sentiasa tidak berkira melayan permintaan peminat untuk bergambar walaupun diri sendiri letih mendukung anak mendapat pujian pengikutnya di Instagram.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Ikuti petua daripada perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…” Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya.
Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya.
Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah.
Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman bersama dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, dilihat menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong.
Apa yang membuatkan ramai tercuit hati bila mana melihat datuk Rizalman tidak kekok dulu bersila di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang.
Sambil menyuap Aali, Datuk dilihat melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja.
Rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya.
Rasanya ramai para wanita mengenali dan ada sebahagiannya menjadi pengguna tegar produk jamu jenama Mustika Ratu kan?
Mana tidaknya, jamu tradisi yang mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan.
Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan produk ini, tetapi tidak mengenali pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang bertungkus-lumus membesarkan empayar jamu berkenaan di serantau Asia termasuklah Malaysia.
Jika dilihat pada usianya kini, pasti ramai tidak menyangka bahawa Ibu Mooryati Soedibyo sebenarnya sudah berusia 94 tahun kerana beliau masih kelihatan muda seperti 50-an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian. Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,” ujarnya.
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya. Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil. Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Didik anak solat sejak kecil menjadi keutamaan Adam Corrie dalam membentuk disiplin dan tanggungjawab agama anaknya. Ketegasan yang disertai kasih sayang menjadi inspirasi buat ibu bapa.